Dec 24, 2023
Hari Krismas 2023
Dec 16, 2023
4th Baloo Camp State Challenge 2003
Terdapat enam (6) cabaran yang dipertandingkan iaitu;
Cabaran 1 - Knotting Board (6 ikatan wajib & 4 ikatan tambahan)
Cabaran 2 - Cheese tart decoration
Cabaran 3 - Mini Pintu Gerbang
Cabaran 4 - Master Chef (Spaghetti Carbonara)
Cabaran 5 - Parachute Water Rocket (masa dikira ketika roket dilancarkan sehingga jatuh ke tanah. Pemenang ialah roket paling lambat sampai ke tanah).
Cabaran 6 – Scout Night Challenge
Selain daripada 6 acara dipertandingkan, terdapat juga aktiviti menarik yang telah dijalankan iaitu aktiviti Colour War yang melibatkan semua peserta perkhemahan.
Persembahan Malam Baloo Camp menjadi kemuncak aktiviti. Majlis telah dihadiri tetamu kehormat; Yang Berhormat Puan Marina binti Ibrahim, ADUN Skudai dan Encik Muhammad Ridzuan bin Abd Razak, wakil Parlimen Iskandar Puteri. Majlis dimulakan dengan gimik nyalaan unggun api sebagai persembahan pembukaan. Para peserta bergaya dengan pakaian masing-masing yang bertemakan pakaian pantai (Hawai).
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Unit Pengakap Kanak-kanak, Tuan Ezuwan Zailani Bin Ibrahim. Turut hadir bersama, Guru Besar SKTMR2, Puan Rasyidah Binti Abd Rahman.
Semoga semua peserta dapat ilmu dan di bawa ke kumpulan masing-masing untuk dikongsikan.
Nota :
Program PGB Berkarya
1. Program Pengetua dan Guru Besar Berkarya.
2. Pengetua dan Guru Besar ada ruang untuk menganjurkan program secara berkolaboratif dengan beberapa buah sekolah dan agensi luar (GO atau NGO).
3. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Johor Showcase bil.1 tahun 2016 bertarikh 14 Disember 2016 adalah dirujuk.
4. Tujuan - Meningkatkan kualiti pemimpin dalam pengurusan kokurikulum dan menyediakan ruang dan peluang untuk murid terlibat dalam kokurikulum di peringkat yang lebih tinggi.
5. Matlamat - Meningkatkan peratus (%) cemerlang PAJSK sekolah rendah dan menengah di Negeri Johor.
6. Kaedah PGB Berkarya - sekolah menganjurkan program peringkat daerah/negeri/kebangsaan/ antarabangsa. Sekolah berkolaboratif dengan mana-mana sekolah/badan induk/agensi kerajaan/ agensi swasta untuk program ini.
7. Syarat utama kelulusan;
a. Mendapat kebenaran JPN, PPD & PGB.
b. Penyertaan murid adalah sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa.
c. Tidak mengganggu PDPr.
d. Semakan deraf poster/ gegantung/ hebahan digital/ sijil program
e. Tidak berasaskan keuntungan
f. Prosedur penggunaan logo PPD, JPN, KPM
g. Pelaporan program
h. Syarat khas program esports
8. Peringkat penganjuran adalah bergantung kepada bilangan penyertaan;
a. Antarabangsa - 3 negara (75% : 25%)
b. Kebangsaan - 3 negeri (75% : 25%)
c. Negeri - 4 daerah (75% : 25%)
d. Daerah - 5 sekolah (75% : 25%)
Album 1
Dec 15, 2023
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 Bahagian 2 Unit Kelana Tahun 2023
Dec 7, 2023
Majlis Menandatangani LOI Bersama Pengakap & SK Perumahan Tampoi 2
Majlis Menandatangani LOI Bersama Pengakap & SK Perumahan Tampoi 2
8/12/2022 (Khamis) – Satu majlis menandatangani LOI
(Letter of Intent) di antara Persekutuan Pengakap Negeri Johor, SK Perumahan
Tampoi 2 dan STEM-RBTK, FKE telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat
Utama, Fakulti Kejuruteraan Elektrik bermula jam 2.30 petang sehingga selesai.
Majlis ini telah disaksikan oleh beberapa ahli STEM-RBTK
yang hadir beserta dengan guru pengakap yang terlibat diketuai oleh Encik
Firdaus.
LOI ini telah ditandatangani oleh :
Tuan Hj. Bardin Bin Uteh
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Negeri Johor
Pn. Norliana Binti Ahmad
GPK Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2
Prof Ir Dr Rubita Binti Sudirman
Pengarah ECE
Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM
Antara objektif LOI ini adalah berkolaborasi kepakaran
STEM-RBTK dalam menjayakan progam Integrated Scratch National Challenge 2022
serta perancangan aktiviti yang melibatkan STEM pada masa akan datang.
Link berita : https://fke.utm.my/stemrbtk/loi-pengakap/
Dec 4, 2023
Lawatan YB Ahmad Yusla Ismail bersama Pegawai Daerah dan Jurutera JKR Batu Pahat Ke Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh
Nov 19, 2023
Bengkel Perancangan Strategik & hala Tuju Persekutuan Pengakap Malaysia 2023
Pada 17 hingga 19 November 2023 telah berlangsungnya
Bengkel Perancangan Strategik & hala Tuju Persekutuan Pengakap Malaysia di
Grand Barakah Hotel, Ampang, Selangor.
3 orang peserta dari Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri
Johor telah mengikuti bengkel tersebut yang terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri - Tuan Bardin bin Uteh, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negeri PPM Negeri Johor (Profil Kepengakapan) – Puan Rosmah binti Abdullah dan
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri PPM Negeri Johor – Puan Syairatul Nadiah binti Abdul
Rahman.
Intipati bengkel adalah menilai dan membincangkan
Perancangan Strategik PPM 2018-2023 untuk penambahbaikan bagi Perancangan
Strategik PPM yang baharu, sesi 2024-2028. Seterusnya dipanjangkan perancagan
strategik ini ke negeri-negeri dan daerah-daerah seluruh Malaysia. Selain itu,
peserta bengkel juga diberi pendedahan kepada Sistem Maklumat Bersepadu yang
bakal dijadikan sistem utama pendaftaran keahlian Persekutuan Pengakap
Malaysia.
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 Tahun 2023 Anjuran PLNJ
Nov 4, 2023
Bengkel Profesional Pemimpin Organisasi PPM Negeri Johor 2023
4 November 2023 - Persekutuan Pengakapp Malaysia Negeri Johor telah mengadakan Bengkel Profesional Pemimpin Organisasi PPM Negeri Johor yang telah berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.
Oct 6, 2023
Johor Rovers Vigil 2023 & Serving For The Future
Tarikh: 26,27,28/10/2023 (Johor Rovers Vigil 2023)
Tempat: Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh. Batu Pahat, Johor
Bayaran: RM100 (Vigil Camp)
Pendaftaran akan dibuka pada 8 September 2023
Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang program ini berlangsung. Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini dan rasakan kebangkitan Kelana Johor. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pen. Pesuruhjaya Daerah (Unit Kelana) masing-masing, atau hubungi kami melalui FB page dan Instagram rasmi kami atau Saudara Mohd Saifullah 0103638985
Timbalan Pengerusi Sekteriat Pengakap Kelana Johor selaku Pengarah Program Johor Rovers Vigil 2023 & Serving For The Nature
Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Johor.
#InspirasiPengakap #SPKNJohor #kelanaJohor #KelanaJohorBangkit #PengakapJohor #kelanabersatu #kelanamalaysia #kelanajohormaju
Sep 29, 2023
Bengkel Profesional Pemimpin Organisasi 2023