Feb 19, 2024

BERNAMA Keratan Akhbar - Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia 2024




SERAMAI 123 penerima dianugerahkan bintang dan pingat dalam Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia 2024 yang diadakan di Batu Pahat, baru-baru ini.

Mendahului senarai penerima ialah Pesuruhjaya Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor, Yaacob A Karim, yang menerima Bintang Semangat Padi – Perak.

Pingat itu adalah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Semua anugerah berkenaan disampaikan Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin.

Berucap pada majlis itu, Mohd Zin berharap agar seluruh warga pengakap Johor akan terus melakar kejayaan dan menunjukkan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti serta bersemangat dalam melaksanakan tugas-tugas kesukarelawanan.

“Saya turut berbangga dengan inisiatif yang diambil Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang menyahut hala tuju Persekutuan Pengakap Malaysia iaitu Pendigitalan Dalam Pengakap dengan memperkenalkan Johor Scout Digital ID kepada pemimpin di negeri Johor,” katanya.

Pada majlis itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dengan LaraBIT Technologies Enterprises turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

MoU ini adalah bertujuan merealisasikan Pelan Digitalisasi PPM Negeri Johor – Menuju Dekad Baharu PPM Johor 2028. Pendigitalan PPM Negeri Johor secara menyeluruh dalam aspek, tadbir urus, pengurusan sumber dan aset bagi memacu kecemerlangan organisasi pada masa hadapan. – Malaysiapost

Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia 2024


17 Februari 2024 bertempat di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor telah berlangsungnya Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia 2024. Seramai 123 penerima anugerah bintang dan pingat dari pelbagai tahun telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato’ Profesor Dr. Mohd Zin bin Bidin, Ketua Pengakap Negara ke-7.
Majlis penganugerahan dimulakan dengan penerima pertama Tn Hj Yaacob bin A Karim, Pesuruhjaya Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang telah menerima Bintang Semangat Padi-Perak. Bintang Semangat Padi – Perak ialah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
Pada majlis tersebut juga telah diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama antara Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dengan LaraBIT Technologies Enterprises. MoU ini adalah bertujuan merealisasikan Pelan Digitalisasi PPM Negeri Johor - Menuju Dekad Baharu PPM Johor 2028. Pendigitalan PPM Negeri Johor secara menyeluruh dalam aspek, tadbir urus, pengurusan sumber dan aset bagi memacu kecemerlangan organisasi pada masa hadapan.
Di akhir majlis telah diadakan upacara memotong pulut kuning sebagai tanda kesyukuran di atas pelantikan Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato’ Profesor Dr. Mohd Zin bin Bidin sebagai Ketua Pengakap Negara ke-7.














Link Video Majlis Penganugerahan : https://www.youtube.com/watch?v=y-tmUJ1NuD0





Feb 8, 2024

Ketua Pengakap Negara Ke-7.

 


YBhg. Mejar Jeneral Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zin bin Bidin telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Negara Ke-7.

Majlis penyampaian suratcara pelantikan beliau telah disempurnakan dengan penuh istiadat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya hari ini. 

Pelantikan beliau sebelum ini diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah berkuat kuasa pada 15 Disember 2023.


YBhg. Mejar Jeneral Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zin bin Bidin telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Negara Ke-7.

Majlis penyampaian suratcara pelantikan beliau telah disempurnakan dengan penuh istiadat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya hari ini. 

Pelantikan beliau sebelum ini diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah berkuat kuasa pada 15 Disember 2023.