Dec 29, 2024

Jambori Pengakap Malaysia Ke 14 & 8th IUMS Tahun 2024



Koleksi Gambar Kenangan bersama Kontijen Pengakap Johor di #myjam14iums8

Day 1 Jambori Pengakap Malaysia Ke 14 & 8th IUMS 21 Dis 2024
Day 2 Jambori Pengakap Malaysia Ke 14 & 8th IUMS 22 Dis 2024
Day 3 Jambori Pengakap Malaysia Ke 14 & 8th IUMS 23 Dis 2024
Day 4 Jambori Pengakap Malaysia Ke 14 & 8th IUMS 24 Dis 2024
Day 5 Jambori Pengakap Malaysia Ke 14 & 8th IUMS 25 Dis 2024
Day 6 Jambori Pengakap Malaysia Ke 14 & 8th IUMS 26 Dis 2024
Day 7 Jambori Pengakap Malaysia Ke 14 & 8th IUMS 27 Dis 2024
Koleksi Gambar Pemimpin dan Murid di Jambori Malaysia Ke-14
**** Boleh tambah gambar dan video lagi di album ini.

Dec 17, 2024

Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat III(2) Tahun 2024 Anjuran PLNJ

 


Pada 11 Disember 2024 hingga 14 Disember 2024 bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat III(2) bagi unit Pengakap Kanak-kanak (11-14 Disember 2024) dan unit Pengakap Muda (12-14 Disember 2024) anjuran Pasukan latihan Pengakap Negeri Johor.

Seramai 99 orang peserta mengikuti Kursus Manikayu Unit Pengakap Kanak-kanak manakala 49 orang peserta mengikuti Kursus Manikayu Unit Pengakap Muda. Kursus Manikayu kali ini  dikendalikan oleh 12 orang jurulatih, dibantu oleh 15 orang pembimbing dan 15 orang urusetia.


Ketua Kursus bagi unit Pengakap Kanak-kanak diterajui oleh Tuan Kama Azhar bin Ab Karim dan Tuan Rodyisnansyah bin Julaihi manakala bagi unit Pengakap Muda  telah diterajui oleh Tuan Tan Hsia Siong.


Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.














Oct 26, 2024

Pembentangan Reruai Interaktif sempena Persidangan Edufluencers KPM 2024

Pembentangan Reruai Interaktif sempena Persidangan Edufluencers KPM 2024


Pembentangan Amalan Terbaik Program Korobori Johor 2024 dan Scoutify telah dipersembahkan kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Azman bin Adnan. Pembentangan telah disampaikan oleh Edufluencers Tuan Ezuwan Zailani Bin Ibrahim Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, PPM Negeri Johor unit Pengakap Kanak-kanak.

Tuan KPPM telah menyempurnakan kehadiran persidangan mengunakan Scoutify.

Semoga Pengakap Johor sentiasa maju ke hadapan demi anak-anak Pengakap Johor

#pengakapjohor
#scoutify
#johorscouts

Oct 11, 2024

Oct 6, 2024

Mesyuarat Permuafakatan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bilangan 2/2024

 


Sabtu, 5 Oktober 2024

Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor

9.30 pagi hingga 2.30 petang

 

Mesyuarat Pemuafakatan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bilangan 2/2024,

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, PPM Negeri Johor, Tuan Haji Ramli bin Ibrahim. Mesyuarat ini telah diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan pengurusan Pengakap daerah. Ia juga menjadi suatu medium perkongsian idea bagi memantapkan lagi pengurusan daerah dari masa ke semasa yang kadangkala memerlukan keputusan permuafakatan dan segera.

 

Dimulakan dengan memperbaharui persetiaan Pengakap oleh Tuan Azarudinamri  bin Mat Zainon.

Bacaan doa oleh Ustaz Ezuwan Zailani bin Ibrahim.

 

Agenda Mesyuarat;

1.         Pembentangan laporan aktiviti bagi setiap daerah (11 daerah) oleh semua DC.

a.     Johor Bahru oleh Tuan Ashley Tan Chee Kuang, Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru.

b.     Kulai oleh Tuan Emir Nashriq Bin Kassim, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai.

c.     Muar oleh Tuan Azlan Shah Bin A Bakar, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar.

d.     Kluang oleh Tuan Azarudinamri  bin Mat Zainon, Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kluang.

e.     Kota Tinggi oleh Tuan Rizal bin Abdullah, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Tinggi.

f.      Pasir Gudang oleh Tuan Azmi Bin Yusof, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pasir Gudang.

g.     Batu Pahat oleh Tuan Kamazrul Zefrin bin Kaulan, Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat.

h.     Segamat oleh Tuan Hj Yusri Bin Buang, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Segamat.

i.       Mersing oleh Tuan Mohd Saberi Bin Rajab, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing

j.       Tangkak oleh Tuan Mohd Rasul bin Amat, Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tangkak

k.     Pontian oleh Tuan Mohd Helmy bin Abd Majid, Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian

 

2.         Laporan Keahlian Pengakap 2023 oleh Tuan Hj Ramli Ibrahim. Persetujuan 11 orang Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk penggunaan kad keahlian fizikal PPMNJ.

3.         Pembentangan Perkembangan Terkini Sistem Kad Keahlian Pengakap RFID PPMNJ oleh Tuan Muhammad Falihin bin Kamari.

4.         Penjualan T-Shirt karektor Pengakap Johor oleh Tuan Hj Abu Khan bin Misran.

5.         Pembentangan Unit Pengakap Kanak-kanak oleh Tuan Ezuwan Zailani bin Ibrahim.

6.         Pembentangan Penjenamaan Semula Profil Kepengakapan kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Strategik oleh Pn Rosmah Abdullah.

7.         Hal-hal lain.

Sep 15, 2024

Johor Scout Carbon Free Fun Run & Carnival 2024 (J-SCAFF) In conjunction with Malaysia Scout Day 2024


Johor Scout Carbon Free Fun Run & Carnival 2024 (J-SCAFF) In conjunction with Malaysia Scout Day 2024

Larian Tanpa Karbon & Karnival Pengakap Negeri Johor 2024 bersempena Hari Pengakap Malaysia 2024
Tarikh : 14 September 2024 (Sabtu)
Tempat : Hadapan Pejabat Pos Besar, Johor Bahru, Johor.
Penyertaan : Ahli Pengakap (1083) dan Orang Awam
Ucapan terima kasih ini ditujukan kepada semua yang terlibat dalam kejayaan program J-SCAFF (Johor Scout Carbon Free Fun Run & Festival) yang diadakan bersempena dengan Hari Pengakap Malaysia pada 14 September 2024 di Bandaraya Johor Bahru. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempromosikan kesedaran mengenai alam sekitar, tetapi juga menyatukan komuniti dan generasi muda melalui aktiviti sihat dan mesra alam.
Kami ingin merakamkan penghargaan yang tidak ternilai kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) atas sokongan padu yang diberikan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Kerjasama ini telah menjadi satu contoh yang jelas betapa pentingnya sinergi antara pihak berkuasa tempatan dan organisasi bukan kerajaan dalam menjayakan program yang bermanfaat untuk masyarakat.
Ucapan terima kasih khas juga kepada:
1. Dato' Haji Mohd. Noorazam Bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar, MBJB - atas visi dan kepimpinan yang telah memberikan inspirasi kepada semua.
2. En Hairulisam bin Ismail, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam - di atas sokongan strategik dan penglibatan aktif yang membantu melancarkan perjalanan program ini.
3. Lt Nurul Farhana binti Abdul Rashid, Ketua Bahagian Pengurusan KD SRI MEDINI - terima kasih atas kerjasama dan penyelarasan yang berkesan dalam memastikan semua aspek program berjalan dengan lancar.
4. Mohd Iqbhal Hisham bin Sazali, Jabatan Perhutanan Negeri Johor - atas sumbangan dan komitmen dalam memastikan program ini dapat mempromosikan kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar.
Kejayaan program ini adalah hasil kerja keras dan dedikasi semua pihak yang terlibat. Semoga usaha kita bersama ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat dan menjadi inspirasi kepada program-program seterusnya dalam memelihara alam sekitar serta mendidik generasi muda tentang tanggungjawab mereka kepada bumi.
Terima kasih!
Pengarah Program J-SCAFF
Mohd Khairi Bin Jailani
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor





























Pengarah Program J-SCAFF

Mohd Khairi Bin Jailani

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

JB Car Free Morning, Larian Pengakap & karnival Kereta Api Sarong
Pusat Bandar, Johor Bahru
14 Sept 2024
Pejabat MBJB

 JB Car Free Morning