Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010 - PENGAKAP JOHOR

Mar 19, 2010

Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010


gambar+semua


JUMAAT, 19 Mac 2010 - Pada 14 hingga 18 Mac 2010, telah berlangsung dengan jayanya Ujian Pentarafan Pengakap Raja anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, Tajung Laboh, Batu Pahat, Johor.

Seramai 152 orang peserta, 15 pentaraf, 18 penolong pentaraf dan 20 orang urusetia (pemimpin dan kelana) terlibat dalam menjayakan program tersebut kali ini.

Manisnya ujian kali turut dibantu oleh Setiausaha Pasukan Latihan Negara, Tn Hj Rahmat bin Jaafar, En Ariff Harman - Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor, Pn Mariyati Siwa - ADC Kapar, Selangor, En Razak Shahidan - Pesuruhjaya Ibu Pejabat PPM, Kapten Rosila Mohamad Haroman - Pegawai Teknikal Ibu pejabat PPM. Tuan Pesuruhjaya Negeri, Tn Hj Yaacob A Karim turut sama menjadi pemerhati tetap sepanjang program ini berlangsung.

Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2010 ini diketuai oleh Tn Hj Ibrahim bin Abdullah.

Berikut adalah data ujian tersebut;
Batu Pahat - 65 orang
Johor Bahru - 60 orang
Kluang - 3 orang
Muar - 10 orang
Segamat - 3 orang
Kulai - 1 orang

a77+haji+rahmat+n+haji+ibrahim
Tn Hj Rahmat (Setaiusaha Pasukan Latihan Negara) bersama Tn Hj Ibrahim Abdullah (Pengerusi Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor/Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Johor)

a55

Apa yang disenyumkan tu???

a33
Tn Hj Rahmat melawat ke tapak perkhemahan peserta.

a22 Barisan Pentaraf, penolong pentaraf dan urusetia
(pandangan kiri)

a11 Barisan Pentaraf, penolong pentaraf dan urusetia
(pandangan kanan)

khirTuan Khir memberikan arahan kepada peserta

urusetia7777Barisan urusetia yang setia

urusetia
Urusetia(kelana kem) yang bekerja keras sebelum, semasa dan selepas ujian.
Tanpa kalian, haru biru agaknya ujian ini dijalankan.

P3160253 Tn Hj Rahmat, Tn Hj Yaacob, Tn Hj Ibrahim, en Ariff, en Khir dan Tn Hj Samsi sedang berbincang.

222
Majlis Penutupan dirasmikan oleh YB Tn Hj Ayub bin Hj Jamil, ADUN Rengit.

Dari kiri; Tn Hj Ibrahim Abdullah, Tn Hj Yaacob A Karim, YB Tn Hj Ayub bin Hj Jamil, Tn Hj Samsi dan Kapten Rosila Mohamad Haroman

maulud+nabi Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Semua calon Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010 berkesempatan menyambut Maulidur Rasul di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh pada malam 17 Mac 2010(Rabu). Dikesibukan dinilai, dan kesuntukan masa, calon pentarafan dapat menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini. Penceramah jemputan adalah Al-Ustaz Khairuzzikri bin Hj Anuar. Tetamu khas adalah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim.


DSCN6551
Orang paling "berpengaruh" di UPPR 2010 kali ini....Tuan Asik

DSCN6675
Rambut panjang harus dipotong!!!

aktiviti+upprnj2010 Antara aktiviti-aktiviti yang dinilai

bersama

Calon perempuan turut menunjukkan kebolehan mereka.
P3140044
Kepada semua yang terlibat, tahniah diucapkan.

Kepada semua calon, kepengakapan anda bukan berakhir di sini. teruskan usaha seterusnya memajukan pengakap sama ada di kumpulan anda, daerah, negeri mahu pun negara.

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024