Uniform Pengakap Malaysia ada 3 warna.
Pemegang dulang 1- Uniform Pengakap Nombor 3
Uniform Pengakap berwarna kelabu.
Dipanggil Uniform Pengakap Nombor 3. Tiada istilah baju pengakap darat. Yang ada hanya istilah baju Pengakap. Jika ada yang memberitahu, "Saya memakai baju pengakap". Itu bermaksud baju pengakap warna kelabu. Dalam pengakap, TIADA istilah PENGAKAP DARAT.
Pemegang dulang ke-2 - Uniform Pengakap Nombor 2
Uniform Pengakap berwarna kelabu berbutang emas.
Masih baju Pengakap tapi dipanggil uniform Pengakap nombor 2. Di pakai oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah(ADC), pesuruhjaya pengakap daerah(DC), Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri(Asc), Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri(SCC) dan jawatan lebih tinggi dari itu.
Pemegang dulang yang ke-3 - Uniform Pengakap Udara Nombor 2
Uniform Pengakap berwarna biru. Uniform ini hanya dipakai apabila kumpulan tersebut telah mendaftar sebagai kumpulan pengakap udara. Pengakap Udara adalah satu aliran Pengakap, dan bukannya organisasi berasingan. Pengakap Udara tetap mengikuti program teras kepengakapan sambil menambah unsur-unsur aeronautika ke dalam program dan aktiviti-aktivitinya. Objektifnya adalah untuk melatih diri dengan kemahiran-kemahiran aeronautika dan airmanship. Namun ia bukanlah program latihan bagi kerjaya tentera udara, tetapi sangat berguna bagi anak-anak muda. Rujukan dari buku Skim Latihan Pengakap Muda Udara yang diterbitkan oleh Pasukan latihan Negara (2010).
Pemegang dulang ke-4 - Uniform Pengakap Laut Nombor 2
Uniform Pengakap berwarna putih.
Uniform ini hanya dipakai apabila kumpulan tersebut telah mendaftar sebagai kumpulan pengakap laut. Pengakap Laut menyediakan alternatif kepada program Pendgakap dan Pengakap Udara. Sebagai sebuah negara maritim yang dikelilingi perairan, Malaysia mempunyai tradisi pelautan sejak berkurun lamanya. Skim Pengakap Laut mengandungi ilmu berkait rapat dengan kehidupan sebagai seorang pelaut dan ahli Pengakap Laut. Rujukan dari buku Skim Latihan Pengakap Muda Laut yang diterbitkan oleh Pasukan latihan Negara (2010).
Kesimpulan:
1. Uniform pengakap nombor 3 (kelabu)
2. uniform pengakap nombor 2 (kelabu butang emas)
3. uniform pengakap udara (biru)
4. uniform pengakap laut (putih)
Nota:
Uniform pengakap nombor 1 berwarna putih seperti pakaian mess kit. Semua pemimpin boleh memakainya. Kos perbelanjaan untuk menyiapkan uniform nombor 1 agak tinggi. Uniform ini juga kurang kerap dipakai. Oleh sebab itu tidak ramai yang memiliknya.
Ditaip oleh;
Pn Rosmah binti Abdullah
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri,
PPM Negeri Johor - Profil
#pengakapjohor
#uniformpengakap
No comments:
Post a Comment