Dibuka pada tahun 1954 oleh Dato’ Syed Esa Alwee, Cikgu
Baba bin Othman, Dato’ Bidin Login, Cikgu Shuib Ismail, Cikgu Mohd Diah Abd
Rahman dan beberapa orang pemimpin Pengakap.
Nama Diamond Jubilee Park (Jubli Intan) diambil
sempena nama dari perayaan perajaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni
Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1955).
TN HJ BABA BIN OTHMAN
TN HJ SHUIB BIN ISMAIL
* Dibuka setelah kerajaan Johor menganugerahkan tanah di
Tanjung Laboh. Pemimpin Pengakap bergotong royong menebang pokok kelapa, pokok
nibong, pohon buluh, menebas semak samun di kawasan yang akan didirikan kem
tersebut.
* Menggunakan kudrat tulang empat kerat dengan bantuan
gergaji dan alat-alat tradisional
sahaja untuk membersihkan dan membina kem tersebut.
sahaja untuk membersihkan dan membina kem tersebut.
* Terletak di kampung Tanjung Laboh, mukim IX kira-kira
14 ½ km dari Bandar Penggaram menghala ke Pontian. Luasnya 23 ½ ekar
* Keadaannya
berbukit-bukit dengan bertanahkan pasir putih poros.
* Pada asalnya, terdapat beberapa pondok Pengakap dan
sebuah dewan kayu diberi nama Dewan Dato’ Syed Esa . Luas dewan ini 199kaki x
20 kaki.
* Terdapat empat buah bilik di dewan tersebut dengan
diberi nama; Baba Room, Bidin Room,
Shuib Room dan Majid Room iaitu di antara empat tokoh Pengakap yang mengasaskan pembinaan
kem tersebut.
Shuib Room dan Majid Room iaitu di antara empat tokoh Pengakap yang mengasaskan pembinaan
kem tersebut.
* Pondok-pondok telah dibina disekitar kawasan terdiri
dari Home Guard Hut, Paiman Hut, Bakri Hut, Lenga Hut, Kluang Hut, Penggaram
Hut, Johor Bahru Hut, Pontian Hut, Tangkak Hut dan Cordeiro Hut.
* Telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku
Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada 23 Mac 1956
No comments:
Post a Comment