KEM PENGAKAP JUBLI INTAN - SIRI 1

Dewan Syed Esa dahulu


Bergotong royong membersih dan membangunkan kem.


-->* Dibuka pada tahun 1954 oleh Dato’ Syed Esa Alwee, Cikgu Baba bin Othman, Dato’ Bidin Login, Cikgu Shuib Ismail, Cikgu Mohd Diah Abd Rahman dan beberapa orang pemimpin pengakap.

*
Dibuka setelah kerajaan Johor menganugerahkan tanah di Tanjung Laboh. Pemimpin pengakap bergotong royong menebang pokok kelapa, pokok nibung, pohon buluh, menebas semak samun di kawasan yang akan didirikan kem tersebut.

*
Menggunakan kudrat tulang empat kerat dengan bantuan gergaji dan alat-alat tradisional sahaja untuk membersihkan dan membina kem tersebut.
* Terletak di kampung Tanjung Laboh, mukim IX kira-kira 14 ½ km dari Bandar Penggaram menghala ke Pontian. Luasnya 23 ½ ekar.

* Keadaannya berbukit-bukit dengan bertanahkan pasir putih poros.

* Pada asalnya, terdapat beberapa pondok pengakap dan sebuah dewan kayu diberi nama Dewan Dato’ Syed Esa . Luas dewan ini 199kaki x 20 kaki.

*
Terdapat empat buah bilik di dewan tersebut dengan diberi nama; Baba room, Bidin room, Shuib room dan Majid room iaitu di antara empat tokoh pengakap yang mengasaskan pembinaan kem tersebut.

*
Telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada 23 Mac 1956
Cikgu Shuib bin Haji Ismail
Tokoh Guru Negeri Johor 1985
Cikgu Baba bin Othman
Tokoh Guru Negeri Johor 1987


-->
-->
Cikgu Mohd Diah Abd Rahman (Ketua kontinjen Johor) ketika majlis penyerahan bendera kepada setiausaha kerajaan Negeri Johor bersempena Jambori Malaysia ke-4 di Kuching, Sarawak.
Tokoh Guru Kebangsaan 1980
Tokoh Guru Negeri Johor 1979
Sumber :
1. Buku Johor Mengenang Sumbangsihmu terbitan Yayasan Warisan Johor, 2006
2. Ramli Ibrahim, cucu Cikgu Mohd Diah Abd Rahman
KEM PENGAKAP JUBLI INTAN - SIRI 1 KEM PENGAKAP JUBLI INTAN - SIRI 1 Reviewed by PPMNJ - PENTADBIRAN on 1:49 AM Rating: 5

No comments:


Klik Gambar untuk Video