BIODATA TUAN BARDIN BIN UTEH - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Mar 15, 2020

BIODATA TUAN BARDIN BIN UTEH


Nama Penuh  :  Bardin bin Uteh

Dilahirkan tanggal 21 Februari 1954 di Kampung Paya Emas, Tangkak, Johor. Mula menceburi dunia kepengakapan pada tahun 60an. Pada tahun 1967, ketika beliau berada di tingkatan 1, beliau telah menerima lencana keahlian dari kuasa penganjur kumpulan ke-2 Tangkak di SMK Tangkak. Majlis penerimaan lencana ini menjadi titik permulaan secara rasminya beliau menjadi seoranga ahli pengakap. Majlis ini terpahat dalam ingatan beliau.

Pada tahun 1977, ketika berkhidmat di Sibu, Sarawak, beliau telah dilantik sebagai penolong pemimpin bagi Kumpulan Ke-5 Sibu. Ianya menjadi detik permulaan sebagai seorang pemimpin dalam pengakap. Dunia kepengakapan beliau seterusnya diisi dengan menjadi Pengerusi Latihan Daerah Segamat (1980), Pesuruhjaya Daerah Segamat, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri dan seterusnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri.

Beliau merupakan seorang pesara guru. Jasa dan bakti dalam dunia kepengakapan membolehkan beliau dianugerahkan Pingat Ibrahim Sultan (II) pada tahun 1995. Persekutuan Pengakap Malaysia juga telah menganugerahkan beliau Pingat Perkhidmatan Baik, Pingat Perkhidmatan Setia, Pingat Perkhidmatan Lama, Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Semangat Rimba (Perak), Pingat Anugerah Presiden dari PPM Negeri Melaka, Bintang Darul Takzim (2017) dan Anugerah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri Terbaik pada Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia (2016). 

Beliau pernah berkelana ke negara matahari terbit, iaitu Jepun sebanyak tiga (3) kali dan mendiami bumi sakura melebihi satu bulan membuatkan beliau banyak menjadikan segala pengalaman yang dikutip sepanjang tempoh perjalanan itu dipraktikkan budaya masyarakat Jepun dalam setiap tugasannya sebagai seorang pendidik mahu pun seorang pemimpin pengakap.

Pada 4 Januari 2020, bertempat di Ibu Pejabat Pengakap Kuala Lumpur Tuan Bardin bin Uteh dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor yang baharu. Beliau menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor yang ke-14. Majlis Pelantikan Pesuruhjaya Pengakap Peringkat Kebangsaan Bagi Penggal Tauliah 2020 - 2021.

Moto beliau " Kerja bertangguh tidak akan menjadi"




No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024