Rover Face Shield Heroes - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Apr 1, 2020

Rover Face Shield Heroes


Tahniah kepada Pasukan Pengakap Kelana Batu Pahat di atas usaha murni menghasilkan dan mengagih pelindung muka (Face Shield) ke 6 buah lokasi. Ini adalah projek usaha sama di antara Pengakap Kelana seluruh Malaysia yang dikenali sebagai Rover Face Shield Heroes.

Berikut adalah lokasi serahan face shield tersebut yang telah diagihkan pada 1 April 2020.

1. Poliklinik Al-Amin, Tongkang Pechah - 40 unit
2. Klinik Kesihatan Batu Pahat - 167 unit
3. Klinik Kesihatan Parit Raja - 40 unit
4. Klinik Kesihatan Tongkang Pechah - 20 unit
5. Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat - 145 unit
6. Roadblock Polis - 20 unit

Tahniah kepada Pasukan Kelana Batu Pahat yang diketuai oleh Muhammad Izzat bin Rahmad, Pengerusi Majlis Kelana Negeri Johor.

Terima Kasih juga kepada Tuan Pesuurhjaya Pengakap Daerah, Tuan Rahmad Abd Rahman serta orang perseorang yang menyumbang wang ringgit sebagai dana untuk menghasilkan face shield ini.

Semoga semua frontliner kita dapat memanfaatkannya⚜️

#4mf
#stayathome
#kitapastimenang
#pengakapjohor
#johorscouts
#scoutsjohor











No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024