Hari Pengasas Pengakap disambut pada 22 Februari setiap tahun bagi memperingati hari kelahiran pengasas Pergerakan Pengakap Dunia, Robert Baden-Powell (BP) (1857-1941).
Di Malaysia, bermula tahun 2021, Hari Pengakap Malaysia disambut pada 1 September setiap tahun. Sambutan diadakan sepanjang bulan September.
1 September 1957, merupakan tarikh keramat bagi Persekutuan Pengakap Malaysia, kerana pada hari itu, iaitu sehari selepas negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Boy Scouts International Bureau yang kini dikenali sebagai World Scout Bureau telah memberi pengiktirafan keahlian , kepada Federation of Malaya Boy Scouts Association, yang kini dikenali sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia.

No comments:
Post a Comment