Retreat Pesuruhjaya Pengakap PPM 2016 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Nov 22, 2016

Retreat Pesuruhjaya Pengakap PPM 2016



Petikan dari laman web Pengakap Malaysia
http://www.pengakapmalaysia.org/utama/?p=5276

Seremban 20hb November, 2016
Mej. Jen. Prof. Dato’ Haji Mohd Zin bin Bidin (Bersara) selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) telah menutup Retreat Pesuruhjaya Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia hari ini dengan menyarankan kepada semua peserta-peserta Retreat supaya berkhidmat dalam Pengakap dengan lebih berkualiti dan professional.
Retreat Pesuruhjaya ini diadakan di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan, berlangsung 3 hari 2 malam bermula dari 18hb hingga 20hb November, 2016. Retreat Pesuruhjaya Pengakap ini dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri dari Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Pesuruhjaya Pengakap Negeri dari seluruh Malaysia dan kakitangan ibupejabat Pengakap.
Antara saranan lain KPPN, beliau mengharapkan pada tahun 2017 nanti, Pengakap Malaysia akan memperolehi kejayaan dalam audit kualiti pentadbiran yang dijalankan oleh wakil Ibu Pejabat Pengakap Dunia yang beribupejabat di Brickfiled, Kuala Lumpur. “Ini adalah audit kualiti pentadbiran yang pertama sekali dibuat setelah Pengakap Malaysia telah mencapai usia 108 tahun” ujar beliau dalam ucapan penutup. Antara bidang yang perlu dikemaskinikan ialah dalam bidang urus tadbir pejabat, pengurusan kewangan, risiko pengurusan dan profil kepengakapan.
Dalam retreat ini, semua peserta telah dibahagikan kepeda 5 kumpulan dan setiap kumpulan membincangkan secara terperinci bagaimana menyelesaikan masalah dalaman Pengakap Malaysia, menaikkan imej Pengakap, mencari dana Pengakap serta memperkemaskan pentadbiran Pengakap Malaysia dan sebagainya.
Haji Ahmad Sabri Bin Haji Saad
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia
(Media-Profil Kepengakapan)

Petikann dari sumber Laman Web Pengakap Malaysia

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024