Bagheera Rovers lancar kelab memanah pertama di Johor - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Nov 10, 2016

Bagheera Rovers lancar kelab memanah pertama di Johor


Tn Hj Yaacob(kiri) dan Abu Khan selepas merasmikan kelab memanah Bagheera Rovers di Batu Pahat, pada Sabtu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/209725

BATU PAHAT: Pengakap Kelana B (Bagheera Rovers) Zon Parit Sulong, Batu Pahat mencipta sejarah apabila melancarkan kelab memanah, pada Sabtu, sekali gus menjadi satu-satunya kumpulan Pengakap Kelana yang mempunyai kelab itu di Johor. Majlis perasmiannya disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Yaacob A Karim di Sekolah Kebangsaan Gambut, Parit Simen, di sini. Yaacob yang berbangga dengan penubuhan kelab, yakin lebih ramai belia akan menyertai aktiviti sihat berkenaan sekali gus berupaya mengekang gejala tidak sihat dalam kalangan generasi muda. "Aktiviti memanah ini bukan sahaja sebahagian daripada sunnah Rasulullah SWT, malah mampu melahirkan lebih ramai bakat baharu serta memartabatkan sukan ini ke peringkat antarabangsa," katanya. Beliau berkata, menerusi aktiviti sukan itu juga mampu memupuk kasih sayang, persefahaman dan kerjasama semangat berpasukan. Kira-kira 40 ahli Pengakap Kelana hadir pada majlis itu yang turut disertai Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat, Abu Khan Misran.








No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024