Ucapan Takziah - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Sep 2, 2011

Ucapan Takziah


Almarhum Ishak bin Kodri
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 
Unit Pengakap Kanak-Kanak
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor merakamkan ucapan takziah dan turut berkongsi kesedihan kepada seluruh keluarga almarhum yang telah kembali kerahmatullah pada 2 Sept. 2011. Almarhum  semasa hayatnya merupakan seorang yang bertanggungjawab, berdedikasi dan tegas orangnya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pemergiannya amat dirasai dan meninggalkan jasa bakti yang amat tinggi di dalam profesionnya sebagai pendidik serta khidmat sukarela sebagai ahli Pengakap.

Al-Fatihah

Semoga roh almarhum dimuliakan serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. 

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024