KOROBORI PENGAKAP JOHOR 2016 - PENGAKAP JOHOR

Oct 27, 2016

KOROBORI PENGAKAP JOHOR 2016

koro+2

Program Korobori Pengakap Negeri Johor 2016 telah berlangsung selama 3 hari bermula 20 hingga 22 Oktober 2016 di Pusat Kokurikulum Kota Tinggi, di kampung Johor Lama. Program tahunan itu disertai oleh 450 ahli pengakap kanak-kanak dan 180 pengakap kelana dan pemimpin .

14724538_10210954458441937_7879734055583929050_n


Seramai 162 pengakap kanak-kanak telah menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan dikalungkan dengan Rambu Pengakap Kanak-Kanak semasa majlis penutup yang dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Hj Mohd Norazam Bin Dato’ Osman, wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor.


koro+1


Menurut pengarah program, Puan Maslinda binti Mat Daros, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pasir Gudang, sebanyak 31 aktiviti pangkalan dijalankan yang menawarkan 100 sijil pencapaian emas korobori, 200 sijil pencapaian perak dan 200 sijil pencapaian gangsa.  Selain itu, lawatan ke Muzium Johor Lama juga telah dilaksanakan bertepatan dengan tema korobori kali ini iaitu Apresiasi Sejarah.

14589709_1442825425746216_397458037900769994_o

Pada program ini, turut diadakan program menanam 150 batang pokok bersama komuniti di Teluk Sengat. Program Korobori kali ini dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Gudang. Lebih  menarik lagi ialah  program yang diadakan pada tahun  ini bersempena ulang tahun ke-100 penubuhan pengakap kanak-kanak sedunia.

14706884_1442853605743398_1440744174022173258_o

Senarai ahli jawatankuasa yang terlibat :

14711210_1442823652413060_8738785533618699910_o

14712738_1442856412409784_1441870991647471654_o

buletin+no+1
buletin+no+2

buletin+no+3

buletin+no+4

buletin+5

buletin+no+6+



Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024