Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Pengakap Negeri Johor 2022 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Nov 17, 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Pengakap Negeri Johor 2022

 


Pada hari Khamis, 17 November 2022 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Pengakap Negeri Johor di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri Johor.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Noh bin Ibrahim,Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan). Turut hadir Tn. Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, En. Mohamad Rizal bin Mat Said, Bendahari Kehormat, Cik Hazira Nadiah binti Kamarudin, Setiausaha Kehormat, En. Ahmad Haziq bin Azmi, Penolong Setiausaha, En. anuar bin Salleh , PKPPNJ dan En. Rodyisnanshah bin Julaihi, PKPPNJ.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengesahkan pelantikan setiausaha dan penolong setiausaha yang baharu bagi menggantikan setiausaha yang lama yang telah bertukar jawatan. Selain itu, turut dibincangkan beberapa perkara berkaitan pengurusan pengakap negeri Johor.


No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024