Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Bil 1/2024
Mesyuarat telah berlangsung pada 17 Mei 2024 bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh.
Pada mesyuarat ini turut disampaikan;
Tauliah Penolong Jurulatih Kebangsaan;
1. Tuan Basri Efendi Bin Masri
2. Tuan Mohd Faris Bin Adanan
Tauliah Pentaraf Pengakap Raja;
1. Tuan Muhamad Hanif Bin Mohd Shar
2. Tuan Emir Nashriq Bin Kassim
3. Tuan Mohamad Khairil Anuar Bin Mosmin
Sijil Ketua Kursus Manikayu
1. Tuan Azmi Bin Yusof
2. Tuan Rodyisnanshah Bin Julaihi
3. Tuan Kama Azhar Bin Ab Karim
Sijil Pendaftaran Kumpulan;
Sijil Tauliah Pemimpin Pengakap Daerah Pasir Gudang;
Mesyuarat diteruskan dengan agenda utama;
Pembentangan laporan keahlian PPMNJ 2023 oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - Tuan Haji Ramli bin Ibrahim.
Pembentangan Laporan Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri - KJI; Tuan Haji Abu Khan bin Misran.
Pembentangan laporan Pasukan Latihan Negeri Johor oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri - Latihan; Tuan Kama Azhar bin Ab Karim.
Pembentangan Laporan Program PPM Negeri Johor oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri - Unit Pengakap Kanak-kanak; Tuan Ezuwan Zailani bin Ibrahim.
Pembentangan Laporan Tauliah Pemimpin Pengakap dan Sistem Pendigitalan PPM Negeri Johor oleh Penolong Ibu Pejabat Negeri, PPM Negeri Johor; Tuan Muhammad Falihin bin Kamari.
Mesyuarat tamat pada 12.30 tengahari.
Album mesyuarat;
No comments:
Post a Comment