Pada 11 Disember 2024 hingga 14 Disember 2024 bertempat di Kem Jubli
Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Manikayu
peringkat III(2) bagi unit Pengakap Kanak-kanak (11-14 Disember 2024) dan unit
Pengakap Muda (12-14 Disember 2024) anjuran Pasukan latihan Pengakap Negeri Johor.
Seramai 99 orang peserta mengikuti Kursus Manikayu Unit Pengakap Kanak-kanak manakala 49 orang peserta mengikuti Kursus Manikayu Unit Pengakap Muda. Kursus Manikayu kali ini dikendalikan oleh 12 orang jurulatih, dibantu oleh 15 orang pembimbing dan 15 orang urusetia.
Ketua Kursus bagi unit Pengakap Kanak-kanak diterajui oleh Tuan Kama Azhar bin Ab Karim dan Tuan Rodyisnansyah bin Julaihi manakala bagi unit Pengakap Muda telah diterajui oleh Tuan Tan Hsia Siong.
Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.
No comments:
Post a Comment