𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐊𝐀𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Pada 03 Februari 2025 (Isnin) telah diadakan sesi kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Dato' Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang diketuai oleh YBhg Tuan Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing merangkap Pengerusi Majlis Persekutuan Pengakap Daerah Mersing di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.
Sesi kunjungan hormat diadakan bertujuan untuk membincangkan agenda Majlis Pentauliahan Ahli Majlis Persekutuan Pengakap Negeri Johor (MPPNJ) dan Perhimpunan Agung Pengakap Johor Kali Ke-27 yang dicadangkan diadakan di Tanjung Leman, Mersing, Johor.
Turut serta dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Encik Mohammad Rizal bin Mat Said, Bendahari Kehormat MPPNJ; Encik Mohd Saberi bin Rajab, Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Daerah Mersing; Encik Abdul Razak bin Sumadi, Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Daerah Mersing; Encik Mohammad Ezwan Zailani bin Ibrahim, Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negeri Johor (Bahagian Kanak-Kanak); Encik Salihin bin Othman, Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Daerah Johor Bahru; dan Encik Mohd Rafi bin Razak, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru.
Sumber : Facebook https://www.facebook.com/SUKJBKP/posts/997329879096109?ref=embed_post
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FSUKJBKP%2Fposts%2F997329879096109&show_text=true&width=500" width="500" height="250" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="true" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>
No comments:
Post a Comment