GARIS PANDUAN PENGLIBATAN MURID SEKOLAH DALAM PROGRAM ANJURAN NGO SELAIN DARIPADA AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jun 19, 2009

GARIS PANDUAN PENGLIBATAN MURID SEKOLAH DALAM PROGRAM ANJURAN NGO SELAIN DARIPADA AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Semua permohonan untuk melibatkan guru-guru, staf sokongan dan murid sekolah di dalam apa sahaja program hendaklah melalui Pengarah JPN.

2. Sokongan dan kelulusan permohonan hanya dikeluarkan oleh Pengarah JPN.

3. Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.

4. Penyertaan murid-murid hendaklah tidak mengganggu atau menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

5. Guru-guru pengiring hendaklah dilantik oleh pihak sekolah mengiringi murid ke program berkenaan.

6. Pihak penganjur hendaklah menanggung semua kos penganjuran program yang dianjurkan.

7. Pihak penganjur dan pihak sekolah hendaklah memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan guru, staf sokongan dan murid terjamin semasa pergi dan balik menghadiri program yang dijalankan.


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2004
Ruj. surat JPNJ/31/0005/Jld.23(97)

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024