Program Pelantikan Kelana Negeri Johor 2009 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jun 28, 2009

Program Pelantikan Kelana Negeri Johor 2009

Seramai 98 orang peserta telah menyertai program pelantikan Kelana Negeri Johor edisi ke-2 yang berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di Kem Pengakap Jubli Intan. Majlis Penutupan rasmi telah dilakukan oleh Pesuruhjaya Negeri Johor pada 28 Jun 2009.

Turut dijalankan Mesyuarat Agong Majlis Kelana Negeri Johor sesi 2009/11 pada malam 27 Jun 2009. Pada majlis ini penyerahan tugas secara rasmi telah disempurnakan oleh en. Ramli Ibrahim kepada en. Fandi A Hamid, Penolong Pesuruhjaya Negeri Unit Kelana yang baharu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada en. Fandi A Hamid bersama barisan MKN yang baru dilantik. Selamat maju jaya.

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024