PENGAKAP JOHOR

PENGAKAP JOHOR

Majlis Penganugerah Manikayu PPM Johor 2010

Batu Pahat, 17 Januari 2010;

Seramai lebih 50 Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Negeri Johor telah diraikan dalam Majlis Pengalungan Manikayu yang diadakan di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja, Batu Pahat. ia terdiri daripada 4 orang pemimpin 3 beads dan 64 orang pemimpin 2 beads unit PKK,PM,PR dan PK

Istiadat pengalungan manikayu telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Yang Berbahagia Dato’ Haji Kaharudin Bin Momin. Antara VIP yang telah hadir ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn. Hj. Yaacob Bin A. Karim, Pegawai Pendaftar UTHM, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Tuan Hj Abdul Kader Bin Mohd Nor dan mantan Pesuruhjaya Negeri Johor Tn. Hj Ibrahim Bin Junid.
Majlis pada kali ini amat istimewa kerana selain para VIP dan kenamaan, dif-dif jemputan adalah termasuk suami dan isteri penerima anugerah manikayu. Setelah seringkali merelakan pasangan masing-masing meninggalkan rumah untuk berjuang di landasan pengakap, begitulah hasilnya dapat dilihat oleh pasangan masing-masing.

Majlis Pengakap Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima anugerah manikayu.

Ucapan setinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa diketuai oleh pengerusi Pasukan Latihan Negei Johor, Tn Hj Ibrahim bin Abdullah dan juga sokongan Tuan Pesuruhjaya PengakapNegeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim yang menjadikan majlis gilang-gemilang.
Majlis Penganugerah Manikayu PPM Johor 2010 Majlis Penganugerah Manikayu PPM Johor 2010 Reviewed by PPMNJ - PENTADBIRAN on 4:18 AM Rating: 5

No comments:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Klik Gambar untuk Video