Majlis Anugerah Manik Kayu Mendapat liputan akhbar - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jan 20, 2010

Majlis Anugerah Manik Kayu Mendapat liputan akhbar

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_06.htm

Tingkat Kemahiran

SERAMAI 65 ahli pengakap pelbagai peringkat di negeri ini menyertai kursus manik kayu anjuran Persekutuan Pengakap Negeri Johor baru-baru ini.

Dengan kejayaan menyertai kursus tersebut, para peserta kini diiktiraf sebagai pengakap kanak-kanak, muda, remaja dan kelana dalam persatuan itu.

Majlis penganugerahan sijil kepada peserta yang diadakan di Dewan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Kaharudin Momin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Yaacob A. Karim.

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024