PROJEK SCOUT FOR NATURE "Stripes R iCon" - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Feb 25, 2010

PROJEK SCOUT FOR NATURE "Stripes R iCon"



Projek Scout For Nature(SFN) - "Stripes R iCon" adalah satu program bagi memperkenalkan Pengakap di kalangan masyarakat. Objektif program adalah bagi memupuk sikap tanggungjawab , kerjasama dan kenegaraan serta mempertingkatkan tahap kesedaran di kalangan ahli Pengakap dan warga Malaysia terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Projek Pertama SFN (01-08-2009)
Kempen “Scout For Nature : Egg=Life” dengan matlamat untuk mengumpul 10,000 tandatangan daripada orang ramai sebelum 12 September. Setiap tandatangan yang dikumpulkan adalah bertujuan untuk konservasi penyu.

Projek Kedua SFN (2010)
Projek Konservasi Harimau yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar khususnya haiwan terancam – Harimau Malaya daripada ancaman kepupusan dan secara tidak langsung dapat merapatkan silatulrahim dan mempromosikan pergerakan Pengakap di mata masyarakat. Oleh kerana itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli pengakap khususnya Pengakap Kelana untuk membina kesedaran tanggungjawab diri yang sejajar dengan moto “berkhidmat“ dan undang-undang pengakap yang ke-enam iaitu “Pengakap adalah seorang yang kasih kepada binatang” untuk menyahut seruan kempen ini.

Majlis Pelancaran Kempen Scout For Nature(Harimau Malaya) 2010
Tarikh : 28 Februari 2010 (Ahad).
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Zoo Negara, Kuala Lumpur (Dataran Dato' Ismail Hutson).
Pakaian : Uniform Pengakap lengkap
Yuran Masuk : RM20.00 seorang
Termasuk makan, cenderahati dan sijil penyertaan.
Tempat adalah terhad. Jika anda berminat menyertai kempen ini, boleh hubungi En. Rudy Syah (012-2528131)

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024