PESERTA PPM JOHOR UNTUK KURSUS KAWAD&ISTIADAT PENGAKAP - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jun 16, 2010

PESERTA PPM JOHOR UNTUK KURSUS KAWAD&ISTIADAT PENGAKAP

15 Jun 2010 - Pasukan Latihan Negeri Johor dengan persetujuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor telah melantik 6 Jurulatih/Penolong Jurulatih daripada negeri Johor untuk hadir Kursus Kawad & Istiadat yang akan diadakan pada :

Tarikh : 01 hingga 04 Julai 2010
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan Tg Labuh Batu Pahat Johor
Bayaran : RM 100.oo seorang

Surat Kementerian Pelajaran Malaysia sedang diuruskan oleh PPM.

Jurulatih/Penolong Jurulatih dipilih adalah seperti berikut:

Daerah Batu Pahat - YM Raja Iskandar Raja Ali,
Daerah Batu Pahat - Tn Hj Ramli Ibrahim
Daerah Johor Bahru - En Afzainizam Ahmad
Daerah KulaiJaya - En Ishak Kodri
Daerah Pontian - En Azhar Noor Rahman
Daerah Muar - En Zainol Hisham Ahmad.

Untuk makluman semua Tuan Pesuruhjaya Daerah dan semua Pengerusi Pasukan Latihan Daerah.Terima kasih

Sumber dipetik dari lama blog http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024