MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAN SIJIL DIRAJA ANUGERAH PENGAKAP RAJA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2011 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jun 27, 2011

MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAN SIJIL DIRAJA ANUGERAH PENGAKAP RAJA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2011

TARIKH : 23 JULAI 2011 

HARI : SABTU

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL, UTHM PARIT RAJA BATU PAHAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PENERIMA SIJIL DIRAJA-ANUGERAH PENGAKAP RAJA
04. ETIKA BERPAKAIAN DAN PERSONALITI

4.1 Setiap penerima anugerah wajib mematuhi peraturan beruniform Pengakap yang betul, rapi serta kelihatan segak. Pakaian uniform Pengakap tidak boleh diubah suai atau dilakukan sebarang pindaan tambahan dari design asal, berpandukan garis panduan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

4.2 Memiliki pakaian uniform Pengakap yang lengkap berlencana, kemas dan terkini.
4.2.1   sepatu kulit berwarna hitam
4.2.2   stoking biru gelap
4.2.3   seluar biru gelap (material : hisofy – no. TH3243/305)
4.2.4   tali pinggang hitam (kepala tali pinggang berlogo Pengakap)
4.2.5   baju kemeja lengan panjang berwarna kelabu serta lengkap dengan lencana (material : viscose – no. TL8888/T308) Peringatan: baju kemeja lengan pendek atau warna lain tidak dibenarkan.
4.2.6   memakai lencana Pengakap Raja pada uniform
4.2.7   skaf kebangsaan dan berwogel
4.2.8   rambu Pengakap Remaja (warna kuning)
4.2.9   tag nama (name tag) berwarna hitam
4.2.10 bagi wanita (Islam) pemakaian kain tudung berwarna kelabu
4.2.11 topi (forage cap) berlilitan merah dan lengkap berlencana
              
4.3 Penampilan personaliti diri penerima harus kemas dan memperlihat sahsiah menarik.
 4.3.1  rambut dipotong pendek serta kemas (tidak diwarna-warni)
4.3.2  jika berkumis/berjambang hendaklah dirapikan atau dicukur
4.3.3  kuku jari tangan dipotong pendek
4.3.4  bagi wanita pastikan rambut panjang disanggul atau dipotong kemas
          
4.4 Peraturan pakaian pengiring penerima anugerah.
4.4.1 Pakaian lelaki adalah dark lounge suit (lounge suit berwarna gelap, kemeja putih berkolar, bertali leher, stoking hitam, sepatu kulit hitam dan bersongkok) atau pakaian baju kebangsaan (bersamping, sepatu kulit hitam dan bersongkok hitam)
4.4.2 Pakaian wanita adalah baju kebangsaan masing-masing atau  baju kurung atau kebaya labuh. (kasut berwarna gelap serta tidak menampakkan jari kaki)


05. LAIN-LAIN PERINGATAN

5.1 Para tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar foto sepanjang majlis istiadat berlangsung dalam dewan. Hanya jurufoto dilantik khas sahaja yang dibenarkan.
5.2 Penerima anugerah dan pengiring haruslah duduk ditempat yang ditetapkan sahaja.
5.3 Semua tetamu haruslah mematuhi arahan jawatankuasa pengelola dan pengacara.
5.4 Semua tetamu haruslah peka dan mematuhi masa mengikut tentatif ditetapkan.
5.5 Pihak pengelola majlis tidak menyediakan penginapan untuk para pengiring.
5.6 Pihak jawatankuasa pengelola berharap serta mencadangkan para tetamu/penerima anugerah boleh merancang perjalanan lebih awal serta berkongsi kenderaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PENERIMA BINTANG DAN PINGAT PPM

04. PAKAIAN SEMASA ISTIADAT - Untuk Penerima Bintang dan Pingat PPM

4.1 Setiap penerima anugerah wajib mematuhi peraturan beruniform Pengakap yang betul, rapi serta kelihatan segak. Pakaian uniform Pengakap tidak boleh diubah suai atau dilakukan sebarang pindaan tambahan dari design asal, berpandukan garis panduan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

4.2 Pakaian ahli beruniform Pengakap
4.2.1 Lelaki adalah uniform No. 2 sahaja (bersongkok hitam berlilitan kuning)
4.2.2 Wanita adalah uniform No. 2 sahaja (memakai tudung berwarna kelabu dan bowler hat biru)

4.3 Pakaian bukan ahli beruniform Pengakap
4.3.1 Lelaki adalah digalakkan memakai uniform No. 2  atau  dark lounge suit dan bersongkok (lounge suit berwarna gelap, kemeja putih berkolar, bertali leher, stoking hitam, sepatu kulit hitam dan songkok hitam)
4.3.2 Wanita adalah digalakkan memakai uniform No. 2  atau  baju kebangsaan masing- masing atau baju kurung  atau  kebaya labuh. (kasut berwarna gelap serta tidak menampakkan jari kaki)

4.4 Peraturan pakaian pengiring penerima anugerah
4.4.1 Pakaian lelaki adalah dark lounge suit (lounge suit berwarna gelap, kemeja putih berkolar, bertali leher, stoking hitam, sepatu kulit hitam dan songkok hitam)
4.4.2 Pakaian wanita adalah baju kebangsaan masing-masing atau baju kurung atau kebaya labuh.(kasut berwarna gelap serta tidak menampakkan jari kaki)


05. LAIN-LAIN PERINGATAN
5.1 Para tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar foto sepanjang majlis istiadat berkenaan berlangsung dalam dewan. Hanya jurufoto dilantik khas sahaja yang dibenarkan.
5.2 Tempahan gambar foto boleh dibuat semasa sesi pendaftaran.   
5.3 Penerima anugerah dan pengiring hendaklah duduk ditempat yang ditetapkan sahaja.
5.4 Semua tetamu haruslah mematuhi arahan jawatankuasa pengelola dan pengacara.
5.5 Semua tetamu haruslah peka dan mematuhi masa mengikut tentatif program ditetapkan.
5.6 Pihak jawatankuasa pengelola berharap serta mencadangkan para tetamu/penerima anugerah boleh merancang perjalanan lebih awal serta berkongsi kenderaan.
5.7 Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan encik Bardin bin Uteh (013-7738281) atau encik Mohd Khir bin Muda (013-7272272).  


No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024