Kem Telaga Batin diisytihar nama baru



Rabu, November 23, 2011

Kem Telaga Batin diisytihar nama baru 


Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu kini diisytiharkan nama kepada Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytiharkan nama kem itu ketika merasmikan Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011, baru-baru ini.


Pengisytiharan sempena nama anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail itu secara tidak langsung meletakkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan ulung.

Kira-kira 10,800 pengakap dari 21 negara penuh minat menyertai Jambori yang diadakan selama lapan hari dan berakhir 25 November itu

Antara negera yang turut serta, termasuk Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk kembara Bandar, aktiviti lasak, aktiviti air, pertandin Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, berkata lebih 4,000 peserta dari Terengganu menyertai jambori kali ini dan selebihnya iaitu, 6,000 peserta dalam negara serta 800 lagi dari luar negara.

Pihak kami mahu setiap peserta mengambil manfaat sepenuhnya aktiviti ini kerana mampu memupuk semangat kerjasama antara pelbagai kaum, membina jati diri supaya lebih berdisplin, mengerat hubungan persaudaraan dan mengenali cara hidup dan budaya pelbagai Negara,” katanya.
Kem Telaga Batin diisytihar nama baru Kem Telaga Batin diisytihar nama baru Reviewed by PPMNJ - PENTADBIRAN on 11:16 PM Rating: 5

No comments:


Klik Gambar untuk Video