Young Adult Members Group (YAMG) for the term 2012-2015. - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Nov 25, 2012

Young Adult Members Group (YAMG) for the term 2012-2015.





Rabu,  21 November 2012
Young Adult Members Group (YAMG) bagi sesi 2012-2015. 

Forum Belia bagi Pengakap Rantau Asia Pasifik (Pacific Regional Scout Youth Forum) ke-7  telah dijalankan di BRAC Centre for Development and Management, Savar, Bangladesh pada 17 hingga 21 November 2012. Pada majlis tersebut, penyenaraian Ahli Jawatankuasa Forum Belia APR - Young Adult Members Group (YAMG) yang baharu telah pun diumumkan. Enam (6) muka baru tersebut dianggotai dari pergerakan pengakap berlainan negara. Mereka akan memegang amanah sebagai perwakilan YAMG bagi sesi 2012 – 2015.

Terdiri daripada Nizarul Idhafi Omar (Johor, Malaysia), Pangkaj Sutradhar (Bangladesh), Tam Man-ying (Hong Kong), Firuzul Abdulla Khaleel (Maldives), Eugene Lester Lin (Philippines), and Sornsawan Ho (Thailand).

Sornsawan terpilih sebagai pengerusi dan akan mewakili YAMG dalam Regional Scout Committee. Manakala 5 orang lagi termasuk Nizarul Idhafi Omar akan berkhidmat pada 5 jawatankuasa iaitu Young People, Adult Support, Pengurusan (Management), kewangan (Finance) dan profil Kepengakapan (Scouts Profile).Mereka akan turut terlibat dalam perancangan dan sokongan bagi APR Youth Forum ke-8  pada 2015.

Penglibatan YAMG dalam dalam pergerakan pengakap dunia memberi peluang kepada anak-anak muda untuk sama-sama bergandingan bahu menjalankan tanggungjawab di peringkat serantau dan menyediakan golongan muda dengan pengalaman dalam membuat keputusan.

Ahli YAMG bagi sesi 2009-2012 telah pun menamatkan amanah dengan jayanya pada persidangan tersebut. Mereka ialah Hafiz Ariffin (Johor, Malaysia), Maeed Mohamed Zahir (Maldives), Dicky Lam (Hong Kong), Ari Adipratomo (Indonesia), Jessy Seo Jieun (Korea), Oliver Lim (Singapore), Benz Tantivisitkul (Thailand).

Sesungguhnya, Persekutuan Pengakap Negeri Johor berbangga dengan pencapaian mereka berdua. Tahniah Nizarul Idafi dan terima kasih Hafiz!

Kenali Nizarul Idhafi Omar. http://ppmnjptd.blogspot.com/2012/11/nizarul-idhafi-omar.html


No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024