Pengakap mula di Johor pada awal-awaltahun 1928 dengan kedatangan Encik H. R. Cheeseman dari Pulau Pinang. Dua pasukan mula-mula ditubuhkan di Maktab Inggeris Johor Bahru. Dengan persetujuan Encik F. C. Sands, seorang Pemimpin Pengakap dari Singapura iaitu Encik Abdul Hamid datang ke Johor Bahru pada tiap-tiap hari Khamis memberi latihan kepada mereka. Tidak berapa lama Pengakap merebak pula kelain-lain bandar dalam negeri itu iaitu di Muar, Batu Pahat dan Segamat.
Johor adalah bernasib baiK dengan adanya sebilangan Pemimpin-pemimpin tempatan yang datang membantu perkembangan Pengakap dalam negeri itu. Diantara peneroka-peneroka yang awal ialah Encik M. C. M. Chill, Encik R. A. Logan, Encik Mohd Salleh bin Hassan, Encik Hans Raj, Encik Krishnan, Encik Chiang Mong Hoe, Encik Ng Ah Ow, Encik Abdul Wahid, Encik Hashim b Haji Ali, Encik Sivaguru Pillai dan Dato Syed Esa yang khasnya bertanggungjawab pada menubuhkan pasukan-pasukan Pengakap di sekolah-sekolah Melayu bersama-sama dengan Encik Shukor, Muar.
Dato Syed Esa adalah diantara Pemimpin Pengakap yang mula-mula sekali dihantar ke Gilwell Park, England dan berkelayakan menjadi Timbalan Ketua Perkhemahan. Dia juga adalah Ketua Pesuruhjaya Negara Malaysia sebelum daripada bersara daripada mengambil bahagian cergas dalam Pengakap dalam tahun 1968.
Sumber maklumat sejarah dipetik dari Laman web Pengakap Malaysia
Sumber maklumat sejarah dipetik dari buku Undang-undang
& Persetiaan terbitan 1965 yang disunting oleh J. Victor Morais, S.B.St.J
Segala imej adalah hakmilik Jabatan Penerangan Malaysia
All informations were taken from the book The Law &
Promise published at 1965 edited by J. Victor Morais, S.B.St.J
All images were belong to Malaysian Department of Information
No comments:
Post a Comment