Tuan Haji Yaacob A Karim Meninggal Dunia 18 Jun 2025 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jun 22, 2025

Tuan Haji Yaacob A Karim Meninggal Dunia 18 Jun 2025

 


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor mengucapkan salam takziah atas pemergian Allahyarham Haji Yaacob bin A Karim, Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, seorang tokoh yang banyak berjasa dalam pembangunan dan perjuangan kepengakapan di negeri Johor.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Jasa dan pengorbanan Allahyarham akan terus dikenang oleh seluruh ahli Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.
Al-Fatihah.


No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024