JAMBORI LENCANA JAYA 2017 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Apr 8, 2017

JAMBORI LENCANA JAYA 2017

Bermula 6 hingga 8 April 2017 bertempat di Tunjuk Laut Beach Resort,Tanjung Leman, Mersing, seramai 462 orang terdiri daripada 343 peserta, 44 orang pemimpin, 16 orang pembantu daerah, 23 Calon Pengakap Raja dan 44 orang kelana telah turut serta dalam  Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Peringkat Negeri Johor 2017 (JLJ2017) anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Pelbagai program telah dijalankan seperti Pertolongan cemas, istana pasir, membersihkan pantai, cita-cita pengakap, penulisan buku log, pengembaraan malam, malam kebudayaan, ikatan dan simpulan, kawad tongkat, halangan komando dan senaman pagi senambrobik.

Majlis Penutupan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob bin A Karim. Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor juga telah bersama-sama ahli dan juga pemimpin selama 3 hari 2 malam di tapak jambori tersebut. Peserta yang lulus dikalungkan rambu pengakap muda.

Berikut Merupakan Keputusan Anugerah Sempena Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Peringkat Negeri Johor 2017

A) Pertandingan Pintu Gerbang & Gajet Piala ASC Muda
Johan: Batu Pahat
Naib Johan: Pontian
Ketiga: Kota Tinggi

B) Pertandingan Malam Kebudayaan Piala Pengarah Program
1) Johan: Kluang
2) Naib Johan: Batu Pahat
3) Ketiga: Kulai

C) Peserta Lelaki Terbaik
- Mohamad Arfan Karim (Mersing)

D) Peserta Perempuan Terbaik
- Noranniana Bt Mohd Khir (Kota Tinggi)

E) Peserta Paling Popular
- Mohd Rais Bin Sulaiman (Batu Pahat)

F) Kontinjen Daerah Terbaik Piala Pusingan Pesuruhjaya Pengakap Johor
- Batu Pahat

Sumber berita dari Cikgu Izra @ Tengku Izra Paduka Raja, Pengarah Program Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Peringkat Negeri Johor 2017.





























































 Kredit gambar milik Tuan Izranuddin, Tuan Junaini Othman dan Tuan Rizal Abdullah.


No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024