Jambori Lencana Jaya 2018, Pengakap Johor - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Mar 25, 2018

Jambori Lencana Jaya 2018, Pengakap Johor


Sabtu, 24 Mac 2018. Jambori Lencana Jaya 2018, Pengakap Johor melabuhkan tirainya. Seramai 655 peserta, 40 pembantu dan pelatih serta kelana induk, 30 urusetia, 87 pemimpin terlibat dalam penganjuran buat kali ke-3 ini. Pengisian program yang padat dan penuh ilmu kepengakapan. Tak rugi ahli pengakap menyertainya. Tahniah buat orang kuat program ini, Tuan Mohd Asik bin Saim - Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Unit Muda, Pengarah program Tuan Izranuddin Jelani, Tuan Rizal Abdullah - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota tinggi, semua penolong ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Pesuruhjaya Pengakap Daerah-daerah di negeri Johor, Penolong pesuruhjaya pengakap daerah, para pemimpin, kelana dan calon pengakap raja yg bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai aktiviti utk ahli pengakap muda negeri johor.



Tak lupa pada ketua pesuruhjaya pengakap negeri johor yang turut sama sepanjang 3 hari aktiviti berlangsung! Juga pada pihak Kejora yang memberi izin menggunakan kawasan secara percuma untuk anak-anak pengakap! Dan perasmi yang sudi hadir merasmikan majlis penutup hari ini, YB Hajah Hamimah binti Mansor, ADUN Penawar yang sangat bermurah hati menghadiahkan wang tunai kepada pemenang on the spot! dan yang utama kepada semua peserta JLJ2018 yang sangat enjoy berpengakap tempohari! Tahniah! Anda semua HEBAT!!! #jlj2018 #pengakapmalaysia #pengakapjohor #johorscout

Untuk album, boleh klik link berikut :



Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024