Kembalinya ke rahmatullah mantan Yang Di-Pertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Oct 25, 2018

Kembalinya ke rahmatullah mantan Yang Di-Pertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam


إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْ Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Tuan Haji Yaacob bin A Karim, Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dan seluruh ahli pengakap PPM Negeri Johor merakamkan salam takziah kepada PPN Brunei Darussalam di atas kembalinya ke Rahmatullah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Raja Dato Seri Paduka Haji Awang Mohd Ali bin Haji Md Daud, mantan Yang Di-Pertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

PPM Negeri Johor turut berduka di atas kehilangan tokoh pengakap terulung ini. Tambahan allahyarham pernah hadir ke Jambori Antarabangsa Johor tahun 2008 di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.


No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024