Jambori KMJ&IRFJ 2018 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Nov 25, 2018

Jambori KMJ&IRFJ 2018


Pada 17 hingga 20 September 2018 telah berlangsungnya Jambori KMJ&IRFJ 2018 dengan nama panjangnya Kem  Memorabilia  Johor  &  International   Regional   Fellowship Jamboree. Seramai 2754 orang peserta dari seluruh ahli pengakap negeri Johor dan seramai 168 orang dari Pramuka Indonesia Batam, 32 orang dari Pramuka Indonesia dan 3 orang pengakap Singapura mengikuti  Jambori  ini.  

Jambori ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Dato' Haji Osman bin Haji Sapian pada petang Ahad,  18 November 2018 dan telah ditutup oleh Exco Belia Negeri Johor iaitu YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar pada malam 20 November 2018

Jambori ini diadakan   bertujuan  untuk   menyediakan   suatu program  eksklusif   kepada  ahli-ahli  pengakap  di negeri  Johor yang  berteraskan  kepada  kemahiran  pengakap yang dipelajari di samping menerapkan  nilai-nilai kepimpinan dan  bekerjasama di antara ahli pengakap.

Selain  itu,  KMJ & IRFJ  2018  ini  juga  merupakan  suatu  wadah untuk mengimbau  sejarah pembinaan  Kem Jubli  Intan  Tanjung Laboh yang pada awalnya telah dikurniakan kepada Persekutuan Pengakap  Malaysia Negeri Johor oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim.

OBJEKTIF

1.  Menunjukkan  rasa  kasih  sayang  serta  taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia  Sultan Johor   yang  menjadi  tunjang  utama kepada pergerakan pengakap di negeri Johor.

2.  Mengenang  jasa  para   pemimpin  pengakap  di negeri  Johor yang terdahulu hingga sekarang.

3.  Menjalinkan hubungan dua hala  yang telah  sedia akrab dalam kalangan ahli-ahli pengakap dari negara jiran seperti Indonesia, Brunei  Darussalam, Thailand  dan Singapura  melalui kegiatan kepengakapan.

4.  Menyediakan sekurang-kurangnya 80% aktiviti pengakap yang eksklusif  dan  bersifat  menyeluruh   bagi  membentuk  modal insan kelas pertama.

Terdapat aktiviti pertandingan dan juga aktiviti berpengakalan.















































No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024