Kunjung Hormat Ketua Pengakap Negara ke Rumah Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Mar 20, 2019

Kunjung Hormat Ketua Pengakap Negara ke Rumah Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor


Pada 19 Mac 2019, Program Kunjung Hormat YBhg Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd Salleh ( Ketua Pengakap Negara ) bersama ahli rombongan diteruskan. Kali ini rombongan ini menuju ke rumah Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Junid, Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor yang terletak di Taman Bunga Raya, Muar, Johor



Tuan Ketua Peusurhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob A Karim telah merancang dan berbincang dengan ahli jawatankuasa sempena kehadiran Ketua Pengakap Negara. Kelihatan turut sama meraikan program ini ialah barisan ASC, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar, Tuan Jamaludin bin Sabu, ADC-ADC, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli pengakap.


Terima kasih tuan Edwin Lam jurufoto rasmi Pengakap Malaysia kerana merakam detik-detik bersejarah kehadiran Ketua Pengakap Negara ke rumah Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Walau pun kami tidak dapat hadir untuk bersama dek tuntutan tugas hakiki, tetapi kami dapat rasakan keterujaan oleh para hadirin yang hadir melihat koleksi milik Tn Hj Ibrahim Junid ini.







































No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024