National Scouts of Johor Nature Camping 2019 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jul 7, 2019

National Scouts of Johor Nature Camping 2019



Pada 3 hingga 6 Julai 2019 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi, Johor telah berlangsungnya National Scouts of Johor Nature Camping 2019 denga temanya Pengakap Bersama Alam Semulajadi – Scouts Be One With Nature.

Program ini telah disertai oleh ahli Pengakap Kanak-kanak seramai 504 peserta, 69 orang pengakap kelana yang bertugas sebagai petugas, 46 orang urusetia serta barisan pemimpin-pemimpin yang mengiringi anak didik mereka. Penyertaan ini datangnya dari seluruh Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti Aktiviti berpengakalan, Nature Night, lawatan ke Desaru Coast Adventure Water Park, Konsert Pengakap Selamanya dan aktiviti utama perkhemahan iaitu Mega Beach Clean.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yasman bin Jamsir, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai wakil rasmi Pengarah JPNJ.

Tahniah dan terima kasih kepada Guru Besar, barisan pentadbir serta cikgu-cikgu SK Sri Setia Jaya, Kota Tinggi, Johor di atas inisiatif pengelolaan program peringkat Kebangsaan ini. Tahniah juga kepada penggerak utama program berskala besar ini, iaitu Cikgu Ezuwan Zailani bin Ibrahim selaku penyelaras program.

Terima  kasih diucapkan di atas kerjasama penuh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Encik Hishammuddin bin Othman, Pegawai teknikal dan barisan Jurulatih Pusat Kokurikulum Johor, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh, barisan penolong ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Tinggi – Tuan Rizal bin Abdullah dan  barisan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Tinggi, Johor.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada rakan-rakan Sinergi yang terdiri daripada KRMSAU, KEJORA, PBT Pengerang, MPKT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pusat Kesihatan Kota Tinggi, Desaru Coast dan pihak yang turut menyumbang bakti di belakang tabir.

Tahniah Buat Semua! Anda memang TERBAIK!






































































No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024