'Pengakap Mentransformasi Generasi'
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini
diisytiharkan sebagai Presiden Agung, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
Pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengakap
Negara Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Pengisytiharan itu juga adalah selaras dengan Prosedur
Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 yang
mana Perdana Menteri adalah Presiden Agung PPM.
Pada majlis yang sama, Dr Mahathir juga menerima Anugerah
Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) iaitu anugerah tertinggi Persekutuan
Pengakap Malaysia.
Dalam pada itu, Shafie berkata pengisytiharan itu secara
langsung mampu mengangkat imej PPM bukan sahaja di peringkat negara malah
antarabangsa lebih-lebih lagi Ibupejabat Pergerakan Pengakap Sedunia telah lima
tahun berada di Kuala Lumpur.
"Manakala Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas
Pertama (Emas) pula adalah anugerah eksklusif yang hanya diberi dikalangan
pemimpin negeri-negeri dan negara," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment