Bengkel Pemantapan Profesionalisme Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPM Negeri Johor - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 26, 2019

Bengkel Pemantapan Profesionalisme Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPM Negeri Johor


Bengkel Pemantapan Profesionalisme Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPM Negeri Johor

Pontian, Johor (23 dan 24 Disember 2019) – Bengkel Pemantapan Profesionalisme Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPM Negeri Johor telah dijalankan selama 2 hari 1 malam di Tanjung Piai Resort.
Program anjuran PPM Negeri Johor ini adalah khas untuk para Pesuruhjaya Pengakap Daerah sahaja Diadakan dengan tujuan bagi memperkasa struktur tadbiran dan budaya integriti kecemerlangan kepengakapan PPM Negeri Johor dari akar umbi serta merealisasikan persamaan yang positif dan dinamis.

Selain itu objektif utama program ini adalah untuk (1) Menyelaras struktur pengurusan yang sistematik. (2) Membentuk amalan kerja yang efisian serta professional. (3) Menjana semangat setiakawan dan kekitaan yang utuh. (4) Melahirkan pemimpin berinformasi dan berkarisma.
Seramai 8 moderator terdiri daripada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dari unit pentadbiran, latihan, program dan protokol.

Pengisian program terdiri daripada tugas dan tanggungjawab Pesuruhjaya Daerah, GSAT, pelaksanaan sistem urus tadbir, protokol dan etiket, pendaftaran keahlian 2020, penyelarasan takwim bagi program 2020, kewangan dan aset serta refleksi sepanjang 2019.


Diharapkan bengkel ini dapat menjadi panduan dan pemurnian tentang tugas seorang Pesuruhjaya Pengakap Daerah bagi tahun mendatang.

Foto-foto aktiviti:
https://www.facebook.com/pg/pengakapjohorofficialpage/photos/?tab=album&album_id=1112496275752648




















Disediakan oleh,
Rosmah Abdullah
PPM Negeri Johor

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024