Pada hari Isnin, 17 Februari 2020, jam 12.30 tengahari bertempat di konti radio Johor FM, Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor - Tuan Bardin bin Uteh bersama timbalannya Tuan Haji Ramli bin Ibrahim akan bersiaran ke udara sempena promosi Sambutan Hari Pengasas Pengakap Peringkat Negeri Johor. Terima kasih kepada Tuan Mohd Rizal Md Said yang menguruskan janji temu ini buat ke sekian kalinya bersama Johor FM.
Jom sama-sama kita dengar radio Johor FM pada tengahari Isnin ni ye!
No comments:
Post a Comment