KUIZ PENGAKAP #PKP20 Bermula. - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

May 3, 2020

KUIZ PENGAKAP #PKP20 Bermula.


KUIZ PENGAKAP #PKP20 Bermula.
Matlamat pertandingan
Matlamat pertandingan Kuiz Pengakap #PKP20 ini ialah untuk mengulang kaji serta menambah ilmu kepengakapan yang sedia ada disepanjang tempoh cuti PKP yang telah masuk ke fasa 4. Aktiviti disediakan merangkumi soalan kuiz terdiri daripada 70 soalan ilmu kepengakapan. Aras soalan mampu dijawab oleh ahli pengakap kanak-kanak (Darjah 3 hingga darjah 6), pengakap muda (tingkatan 1 hingga tingkatan 3) dan pengakap remaja (tingkatan 4 dan tingkatan 5). Justeru, ahli pengakap mempunyai landasan untuk mengaplikasikan ilmu kepengakapan dalam kehidupan. Kuiz ini terbuka kepada semua ahli Pengakap Negeri Johor khasnya dan ahli Pengakap Malaysia amnya agar dapat merebut peluang yang disediakan. Ini juga merupakan salah satu cara bagi menggalakkan ahli pengakap mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah sepanjang PKP.
Tempoh Masa Kuiz
10 Mei 2020 hingga 14 Mei 2020
Penentuan Pemenang
Peringkat Daerah

Sepuluh (10) pemenang dari kategori PKK, Sepuluh (10) pemenang dari kategori PM, Sepuluh (10) pemenang dari kategori PR dari 11 daerah di negeri Johor akan dipilih dari keputusan kuiz. Peserta tersebut mendapat sijil penyertaan peringkat negeri Johor dan sijil pencapaian peringkat daerah masing-masing.
Peringkat Negeri
Sepuluh (10) orang PKK akan mengikuti kuiz secara online menggunakan media google meet. 30 soalan akan disoal secara langsung. Pemenang ditentukan berdasarkan markah terkumpul tertinggi. Sepuluh (10) orang peserta ini akan mendapat sijil penyertaan dan sijil pencapaian peringkat negeri Johor. Teknik dan kaedah yang sama dijalankan untuk Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.
Semua pemenang akan dihubungi oleh urusetia Kuiz Pengakap #PKP20
Senarai pemenang peringkat daerah dan negeri akan di paparkan di semua media rasmi Pengakap Johor iaitu blog, facebook, Instagram, twitter dan telegram Pemimpin Pengakap Johor


No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024