Penjurian Pertandingan Johor Scouts Blog Challenge 2020 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Nov 12, 2020

Penjurian Pertandingan Johor Scouts Blog Challenge 2020

 

Pada 2 November 2020, pada jam 9.00 malam bertempat di kediaman masing-masing telah berlangsungnya rumusan penjurian bagi pertandingan Johor Scouts Blog Challenge 2020 anjuran bersama Pengakap Johor dan Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor secara maya menggunakan medium zoom.
Pertandingan ini adalah idea bernas dari Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Ramli Ibrahim yang berhasrat memberi ruang kepada ahli pengakap mencipta, bereksperimen dan berkarya dengan konsep kepengakapan melalui media digital.
Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan sebagai
1. Mengiktiraf pengurusan blog/website kepengakapan yang cemerlang.
2. Menarik minat serta melahirkan lebih ramai ahli pengakap yang kreatif menghasilkan blog kumpulan.
3. Meningkatkan kuantiti ahli pengakap yang mahir, berdedikasi serta elit dalam ilmu teknologi ICT.
4. Menggalak ahli pengakap duduk di rumah sepanjang tempoh PKP covid-19, dengan memperkembang potensi idea yang kreatif dan bermakna.
In shaa Allah, pertandingan ini akan menjadi acara dwitahunan Pengakap Johor.
Tahniah dan sekalung penghargaan serta terima kasih kepada urusetia yang menguruskan pertandingan ini, Tuan Muhammad Falhin bin Kamari dan PKPNJ Pentadbiran Tuan Anuar Salleh yang mengurus permohonan untuk pengiktirafan PAJSK dari JPNJ.
Sekalung penghargaan serta terima kasih diucapkan kepada barisan juri yang menghakim pertandingan blog kali ini.
1. En. Basri Efendi Bin Masri (Ketua Juri)
2. En. Salihin Bin Othman
3. Pn. Rosmah Binti Abdullah
4. Pn. Nihayah binti Shahdan
5. En. Ezuwan Zailani Bin Ibrahim
Tahniah juga para peserta yang begitu komited menyertai pertandingan ini.















No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024