Yell dalam Ilmu Kepengakapan - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Mar 2, 2021

Yell dalam Ilmu Kepengakapan

Yell dalam Ilmu Kepengakapan

Yell adalah sorakan yang digunakan oleh ahli Pengakap dan kumpulan lain untuk menunjukkan semangat berkumpulan ketika dalam pelbagai aktiviti perjumpaan. Satu kumpulan akan bersama-sama menyeru dengan suara yang kuat dan serentak. Kebiasaanya ahli Pengakap akan membuat yell untuk meraikan kemenangan pertandingan, mengucapkan tanda terima kasih, tanda penghormatan atau untuk mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan tugas.

Yell boleh menggunakan apa sahaja kata-kata semangat yang sesuai dengan situasi di mana ahli pengakap itu berada.

Contoh; 

Yell selamat datang - mengalu-alukan kehadrian tetamu

Yell terima kasih - mengucapkan tanda terima kasih

Yell tanda kemenangan -  apa sahaja perkataan sopan yang sesuai.

Contoh video Yell : Yell Pengakap Adiji ketika perasmian Jambori Lencana Pengakap Muda Peringkat Negeri Johor pada tahun 2018 di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.






No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024