MAJLIS PENYERAHAN SIJIL BADAN OPERASI ARPRM - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Apr 9, 2021

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL BADAN OPERASI ARPRM


MAJLIS PENYERAHAN SIJIL BADAN OPERASI ARPRM

Tarikh : 07 April 2021
Tempat : Pejabat Belia dan Sukan Negeri Johor
Masa : 2.30 petang

Sijil Badan Operasi (BO) ARPRM Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah disampaikan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Timbalan Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor kepada Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor.

Perbincangan juga diadakan bersama JBSNJ terarah kepada membentuk kerjasama antara Pengakap Negeri Johor dan JBSNJ dalam pelbagai bidang selain serta hala tuju Pengakap Negeri Johor dalam melaksanakan ARPRM. Pelbagai aktiviti dan penglibatan pengakap dalam aktiviti belia yang dirancang pada masa hadapan.

Turut sama dalam sesi tersebut adalah Encik Abd Isa bin Abd Rasah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan JBSN, Encik Rodyisnanshah bin Julaihi, PKPPNJ Program, Encik Basri Efendi bin Masri, PKPPNJ Operasi Program dan Encik Suhizulhisam bin Keliwon, PKPPNJ Pengakap Muda.
Majlis tamat kira-kira jam 3.45 petang.

Laporan oleh Tuan Suhizulhisam bin Keliwon, PKPPNJ Pengakap Muda.

Tahniah PPMN Johor!

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024