Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat PPM Kelolaan PPM Negeri Johor - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jan 20, 2022

Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat PPM Kelolaan PPM Negeri Johor



Pada 14 Januari 2022 bertempat di Hotel Trove, Johor Bahru telah berlangsungnya Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia kepada para individu yang telah memberi kerjasama serta menyumbang bakti secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program kepengakapan di peringkat negeri Johor.


Sementara ahli pengakap yang mencpai prestasi akademik cemerlang dalam keputusan SPM, PMR dan UPSR telah menerima pingat kecemerlangan pendidikan.


Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Yang Berbahagia Mejar Jeneral Profesor Dato’ Dr Haji Mohd Zin bin Bidin (B) telah menyempurnakan majlis penutup serta menyampaikan pingat kepada 85 orang menerima bintang dan pingat manakala 40 orang menerima pingat kecemerlangan pendidikan.


Turut hadir pada majlis ini ialah Tuan Haji Azmi bin Abu, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Tuan Haji Yaacob bin A Karim, Pesuruhjaya Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.


Anugerah bintang dan pingat Persekutuan Pengakap Malaysia diwujudkan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan Negara selaras dengan sumbangan dan komitmen terhadap Persekutuan Pengakap Malaysia. Selain itu juga, anugerah ini bertujuan untuk menggalakkan sumbangan yang lebih aktif di kalangan ahli bagi memastikan Persekutuan Pengakap Malaysia mencapai objektif pergerakan berdasarkan Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. Justeru pengiktirafan ini dapat diteladani oleh ahli-ahli Pengakap dan pemimpin muda tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh penerima anugerah.


Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) semenjak ditubuhkan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan kumpulan yang berjasa terhadap perkembangan serta pembangunan kepengakapan sama ada di dalam atau di luar Negara. Kecemerlangan kepengakapan amat bergantung kepada semangat dedikasi dan komitmen para pemimpin melatih, membimbing dan mengasuh setiap ahli pengakap agar berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan misi dan visi yang telah dihasratkan.



Bintang Semangat Rimba Perak (2016)
YB Dato Zulkurnain Bin Haji Kamisan
Setiausaha Politik Menteri Besar Johor 
Merangkap Adun Seri Medan,
Mantan Exco Belia Dan Sukan Negeri Johor

Bintang Semangat Rimba Perak (2016)
Yb Datuk Seri Razali Bin Ibrahim
YDP Majlis Pengakap Daerah Muar,
Mantan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan


Pingat Perkhidmatan Gemilang (2016)
Mohd Ismail Bin Roslan
Ahli Majlis Pengakap Daerah Batu Pahat


Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2019)
Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim
Pegawai Daerah Segamat
Merangkap Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Segamat

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2019)
Dr Khalid Bin Haji Jusoh
Setiausaha Kehormat, Majlis Pengakap Daerah Johor Bahru


Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2019)
Encik Puniran Bin Denan
Ahli Majlis Pengakap Daerah Muar


Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2019)
Tuan Haji Hashim Bin Mohd Dom
Mantan Pengetua Smk Dato Penggawa Barat, Pontian, Johor


Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2016)
Puan Rosmah Binti Abdullah
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor


Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2021)
Encik Mohd Sani Bin Md Hassan
Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru


Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2021)
Puan Tan Khor Yang
Penolong Pesuruhjaya Daerah Tangkak


Buku Cenderamata https://anyflip.com/vebt/aufp/

Video Selingan https://youtu.be/nwZsGW0G5cM

Album Kenangan https://photos.app.goo.gl/cP2bTmncT8npwvDw5

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024