Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor bagi tempoh 2022 hingga 2024 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jan 29, 2022

Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor bagi tempoh 2022 hingga 2024

 


29 Januari 2022
Bertempat di Four Points Sheraton Kuala Lumpur telah berlangsungnya Istiadat Pentauliahan Pesuruhjaya Pengakap Peringkat Kebangsaan bagi penggal 2022 hingga 2024.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Bardin bin Uteh di atas pelantikan semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor bagi tempoh 2022 hingga 2024.

Sijil tauliah Ketua Pesuruhjaya Negeri telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia, Yang Berbahagia Mejar Jeneral Profesor Dato’ Dr Haji Mohd Zin bin Bidin (B)

Seluruh ahli Pengakap Negeri Johor berbangga di atas pelantikan ini. Semoga dengan pelantikan semula ini dapat membimbing dan membawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dengan lebih cemerlang dan hebat.




No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024