Majlis penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri, PPM Negeri Johor sesi 2022-2024. - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Mar 20, 2022

Majlis penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri, PPM Negeri Johor sesi 2022-2024.

 


Pada 18 Mac 2022 bertempat di Hotel Potpourri Boutique telah berlangsung Majlis penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri, PPM Negeri Johor sesi 2022-2024.

Pada majlis tersebut juga diadakan majlis pelantikan Timbalan Pesuruhjaya Daerah dan penyampaian hadiah dan sijil bagi pemenang Anugerah Budi Disanjung, Bakti Dijunjung yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2021.
Seramai 18 Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, 7 orang Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan 10 orang Penolong Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri telah berikrar dan menurunkan tandatangan untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor bagi sesi 2022 hingga 2024 sebagaimana yang tertulis dalam watikah terima lantikan tersebut.
Majlis diteruskan dengan lantikan 8 orang Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang Anugerah Budi Disanjung, Bakti Dijunjung 2021.
Usai majlis angkat sumpah, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh menyampaikan pesanan dan panduan kepada semua yang telah dilantik untuk terus bersama-sama membangunkan pergerakan pengakap Negeri Johor demi anak-anak pengakap di sekolah.








Pada 18 Mac 2022 bertempat di Hotel Potpourri Boutique telah berlangsung Majlis penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri, PPM Negeri Johor.
Pada majlis tersebut juga diadakan majlis pelantikan Timbalan Pesuruhjaya Daerah dan penyampaian hadiah dan sijil bagi pemenang Anugerah Budi Disanjung, Bakti Dijunjung yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2021.
Seramai 18 Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, 7 orang Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan 10 orang Penolong Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri telah berikrar dan menurunkan tandatangan untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor bagi sesi 2022 hingga 2024 sebagaimana yang tertulis dalam watikah terima lantikan tersebut.
Majlis diteruskan dengan lantikan 8 orang Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang Anugerah Budi Disanjung, Bakti Dijunjung 2021.
Usai majlis angkat sumpah, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh menyampaikan pesanan dan panduan kepada semua yang telah dilantik untuk terus bersama-sama membangunkan pergerakan pengakap Negeri Johor demi anak-anak pengakap di sekolah.

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024