Kursus ‘Refreshment’ bagi Pembimbing Pemimpin Pengakap Laut Negeri Johor Tahun 2023 Bersama PULAMAR - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Feb 5, 2023

Kursus ‘Refreshment’ bagi Pembimbing Pemimpin Pengakap Laut Negeri Johor Tahun 2023 Bersama PULAMAR


Kursus ‘Refreshment’ bagi Pembimbing Pemimpin Pengakap Laut Negeri Johor Tahun 2023 Bersama Pusat Latihan Pasukan Polis Marin (PULAMAR) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Johor

JOHOR BAHRU, 4 Februari 2023 - Kursus ‘Refreshment’ bagi Pembimbing Pemimpin Pengakap Laut Negeri Johor Tahun 2023 telah berlangsung di Pusat Latihan Pasukan Polis Marin (PULAMAR) dan Bot Ronda Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Kukup, Johor Bahru.

Seramai 6 org jurulatih Pengakap Laut Negeri Johor, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor unit Laut dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor unit Program telah menghadiri kursus tersebut.

1. Maslinda Binti Mat Daros – ASC Pengakap Laut
2. Rodyisnansyah Bin Julaihi – ASC Program
3. Khairil Anuar Bin Mosmin – Jurulatih Pengakap Laut Negeri Johor/ASC Unit Pengakap Muda
4. Nasaruddin Bin Juwahir – Jurulatih Pengakap Laut Negeri Johor
5. Azfanizam Bin Abdul Aziz – Jurulatih Pengakap Laut Negeri Johor
6. Suffian Bin Samoori – Jurulatih Pengakap Laut Negeri Johor
7. Mohd Najib Bin Abdul Hadi – Jurulatih Pengakap Laut Negeri Johor
8. Mohd Nurtaufiq Bin Mistam – Jurulatih Pengakap Laut Negeri Johor

Kursus ini dikendalikan oleh tiga orang jurulatih PULAMAR dan diiringi oleh satu orang Pegawai Kanan Polis dan dua orang Pegawai Rendah Polis PPM Wilayah 2 untuk membuat LDP bersama Kapal ronda (PA 14) di Kukup Pontian, Johor.

Antara objektif kursus diadakan adalah untuk memberi penekanan semasa perondaan berkaitan _ROR, IALA, Seamanship_ dan penugasan bahagian kejuruteraan di dalam bot/kapal ronda. Latihan keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kecemasan di atas bot/kapal ronda serta membuat pemeriksaan dan latihan menggunakan alat keselamatan yang ada di dalam bot ronda.

Pn Maslinda binti Mat Daros,
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor unit Pengakap Laut.















No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024