Majlis Pengalungan Manikayu 3 Butir dan 4 Butir Bagi Tahun 2023 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Feb 5, 2023

Majlis Pengalungan Manikayu 3 Butir dan 4 Butir Bagi Tahun 2023


KUALA LUMPUR, 4 Februari 2023 - Majlis Pengalungan Manikayu 3 Butir dan 4 Butir telah berlangsung sempena Mesyuarat Pasukan Latihan Negara Bilangan 1 Tahun 2023 di Rumah BP, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Seramai 6 orang Jurulatih Antarabangsa (LT) dan 24 orang Penolong Jurulatih Kebangsaan (ALT) tersenarai sebagai penerima pada kali ini.

Berikut adalah senarai penerima manikayu 4 butir dan 3 butir tersebut;

4 Butir (LT - Leader Trainer/Jurulatih Kebangsaan)
Encik Kwei Pei Cheng (Mr Darrent)

3 Butir (ALT - Assistant Leader Trainer/Penolong Jurulatih Kebangsaan)
1. YM Engku Tuah bin Engku Senin
2. Puan Nur Ain binti Abd Jabar
3. Tn Hj Rahmad bin Abd Rahman
4. Encik Mohd Shamsul Riza bin Bashri

Majlis disempurnakan oleh Tuan Dr. Ekbert Yong Yen Loong, Pesuruhjaya Latihan Negara.

Bagi Pihak Pasukan Latihan Negeri Johor ingin mengucapkan Tahniah & Syabas kepada semua penerima Manikayu 4 Butir & Manikayu 3 Butir dari Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang telah menerimanya semalam di Ibu Pajabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Sesungguhnya ini lah pemimpin-pemimpin pelapis dari Negeri Johor dibahagian Latihan yang akan membantu, mengembangkan dan melatih pemimpin-pemimpin di dalam Negeri, Daerah mahupun Kumpulan masing-masing. Teruskan memberikan sumbangan dalam bidang kepengakapan di pelbagai arena agar ianya subur dan diingati sampai ke akhir hayat. Jangan dihitung kepenatan dalam mencapai sesuatu kejayaan tapi fikirkanlah kemanisan disebalik usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa.

Semoga Pasukan Latihan Negeri Johor pada tahun 2023 ini akan lebih maju dan berdaya saing serta seiring bersama Pasukan Latihan Negara dengan Hala Tuju, Misi & Visi yang ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.
Sekian, Terima Kasih

Kama Azha bin A Karim,
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (Latihan)
Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor
#ppmnjmantap
#plnjhebat
#kaakplnj
#pengakapjohor

 




No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024