Bengkel Pemantapan Professionalisme 2022 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 29, 2022

Bengkel Pemantapan Professionalisme 2022

 


Pada 28 Disember 2022 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Bandar Tenggara, Bandar Tenggara, Kulai, Johor telah berlangsungnya Bengkel Pemantapan Professionalisme untuk ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

 

Terdapat empat slot telah disediakan bagi tujuan memantapkan profesionalisme para peserta. Dimulakan dengan Halatuju Pengakap Negeri Johor oleh Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegerI Johor. Slot kedua bertajuk Strategi Meningkatkan Pencapaian oleh Tn Hj Ramli bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegerI Johor. Slot ketiga telah disampaikan oleh Tuan Rodyisnanshah bin Julaihi yang bertajuk Prosedur merancang dan menjalankan program. Slot terakhir merupakan slot utama bengkel ini telah disampaikan dengan berkarsima oleh Tuan Mohd Joehadi bin Parcho dengan tajuk Kepimpinan dalam Organisasi. Rumusan bengkel pula dilakukan oleh pengarah program iaitu YM Megad Mohd Nizar bin Abd Rahman.

 

Bengkel ini telah dikelolakan oleh PPM Daerah Kulai dengan diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai, Tuan Emir Nashriq bin Kassim, dibantu oleh barisan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai, Pemimpin pengakap Daerah Kulai dan pasukan pengakap kelana daerah Kulai.

 

Semoga dengan adanya bengkel ini dapat memantapkan lagi peranan dan tanggungjawab dalam kalangan ahli-ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor agar pergerakan Pengakap Negeri Johor dapat dipacu dengan lebih gemilang.

 

Sebelum bengkel bermula, telah diadakan majlis lantikan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegerI Johor yang baru. PKPPNJ Unit Pengakap Kanak-kanak - Tuan Ezuwan Zailani bin Ibrahim, PKPPNJ Unit Pengakap Muda - Tuan Khairil Anuar bin Mosmin dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar - Tuan Azlan Shah Bin A Bakar. Semoga pelantikan ini memberi impak kepada unit-unit berkaitan seterusnya dapat memajukan pergerakan pengakap negeri Johor ini ke suatu tahap yang lebih gemilang.


Kredit kepada jurugambar Tuan Fitrizan bin Azizan, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing.


Klik untuk Album sepanjang bengkel
























No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024