Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda 2022 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 21, 2022

Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda 2022

 


Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda 2022

Pada 2 hingga 3 Disember 2022 bertempat di Kem Kaizen Gunung Pulai, Kulai, Johor telah berlansungnya Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda 2022. Program ini telah dianjurkan oleh Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Unit Pengakap Remaja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Program ini mendapat kerjasama penuh dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor.


Seramai 118 orang peserta yang terdiri dari ahli pengakap muda dan remaja PPM Negeri Johor. Program ini dikendalikan penuh oleh 5 orang jurulatih bertauliah dari Kem Kaizen dengan dibantu oleh 17 orang pemimpin pengakap daripada sekolah-sekolah yang terlibat.


Sekolah yang terlibat terdiri daripada SMK Dato’ Penggawa Barat, SMA An Nur, SMK Tan Sri Osman Sa’at, SMK Benut, SMK Sri Tanjung, Sekolah Maahad Pontian, SMK Dato’ Syed Esa, SMKA Haji Mohd Yassin, SMK Dato’ Sri Amar DiRaja dan SMK Tun Perak.


Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Sidek bin Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.


Menurut Penyelaras Program, Encik Suhizulhisham Kliwon, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Unit Pengakap Remaja, program Eksplorasi Alam Rakan Muda ini bertujuan untuk membuka minda ahli pengakap dengan suasana dan pengalaman baharu melalui konsep pembelajaran melalui pengalaman berkonsepkan aktiviti belia. Objektif utama adalah untuk membentuk disiplin, memupuk kerjasama dengan menerapkan semangat sepasukan dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, melalui program ini diharapkan sifat-sifat kepimpinan dapat diserapkan dalam diri peserta. Ia juga menjadi platform pendedahan kepada ahli pengakap berkaitan aktiviti Rakan Muda dapat disatukan dalam aktiviti berpengakap.


Album 1 Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda

Album 2 Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda


Slot Kembara Hutan merupakan salah satu aktiviti semasa Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda 2022 anjuran Rakan Muda Negeri Johor dan Unit Remaja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang telah diadakan di Kem Kaizen pada 2 hingga 3 Disember 2022.
Dikongsikan rakaman video yang telah disediakan oleh Ustaz Hafiz Bin Kamarudin, pemimpin kumpulan 08 Muar, SMK Dato’ Sri Amar DiRaja. Beliau merupakan salah seorang pemimpin yang bersama-sama dalam kem ini.

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024