Allahyarham Tuan Haji Mazlan bin Zaini - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jul 6, 2023

Allahyarham Tuan Haji Mazlan bin Zaini


Innalillahi wainnaa ilaihi raji’un
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عنها
“”Allahummaghfirlahu warhamhu wa`afiha wa`fu`anhu”
Pada 6 Julai 2023, telah kembali ke rahmatullah,
Allahyarham Tuan Haji Mazlan bin Zaini,
Mantan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.
6 Julai 2023.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah arwah, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor kehilangan sebutir permata yang sarat dengan ilmu dan pengalaman sepanjang berpengakap. Juga seorang senior yang mudah didekati, baik hati dan jelas sikap kebapaannya. Telah menjalinkan hubungan baik antara Pengakap Johor dengan beberapa daerah Pramuka Indonesia.
Salam takziah kepada Puan Junaidah Sekeluarga di atas pemergian insan tersayang - ketua keluarga. Semoga Puan sekeluarga redho pemergiannya.


 

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024